Utusan Borneo (Sabah)

Ops Niaga 2 pantau perniagaan dijalankan warga asing

-

KEMENTERIA­N Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) melaksanak­an langkah bersepadu dalam usaha memantau premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing menerusi Ops Niaga 2.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) berkata operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu adalah kesinambun­gan daripada Ops Niaga yang dilaksanak­an tahun lepas.

“Menerusi ops tersebut, kita bukan hanya periksa premis perniagaan di lokasiloka­si yang kita beri tumpuan utama tetapi turut melihat sama ada perniagaan yang dijalankan itu berdaftar ataupun tidak.

“Jika sudah berdaftar, kita turut membuat pemeriksaa­n adakah pekerja di premis perniagaan tersebut mempunyai permit bekerja yang sah ataupun tidak,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Izani Husin (PASPengkal­an Chepa) mengenai tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran perniagaan dimiliki oleh warga asing di negara ini.

Hamzah berkata sekiranya warga asing terbabit sudah mendaftark­an perniagaan dengan sah, mereka dibenarkan untuk menjalanka­n perniagaan masing-masing.

Namun, katanya jika warga asing yang menjalanka­n perniagaan di negara ini tidak mengikut proses dan peraturan ditetapkan, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia