Utusan Borneo (Sabah)

Dallbons buktikan kemampuan bersaing dengan wanita

Dallbons buktikan kemampuan bersaing dengan wanita

- -Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

Ptertumpu pada satu-satunya jejaka di antara 30 peserta yang menerima sijil kerana berjaya dalam tugasan menyiapkan baju tradisiona­l dalam tempoh dua bulan.

Dallbons Jalabid, 32, yang berasal dari Kampung Tuguson, Kota Belud tidak kekok berada dalam kalangan wanita yang lebih berusia daripadany­a demi menuntut ilmu dalam bidang yang diminati sejak berusia 16 tahun.

“Dunia tanpa sempadan kini telah banyak mengubah gaya hidup manusia membuatkan kita lebih berfikiran terbuka dan bersikap oportunis dalam mencari sumber hidup.

“Setahu saya, pekerjaan tidak mempunyai jantina, apapun yang dikerjakan jika dilakukan dengan cara yang halal dan betul, pasti akan memberi pulangan yang setimpal walau siapapun anda. “Lelaki dan wanita zaman sekarang sama hebat dan berkeboleh­an, dengan melakukan kerja dengan mantap dan cemerlang, soal perbezaan jantina tidak wujud lagi,” ujarnya. Mempunyai seorang ibu yang berkeboleh­an lebih 15 tahun membuat kraftangan dengan menjahit beg daripada kulit kayu, menimbulka­n minat di hati Dallbons turut serta dalam bidang jahitan. Sebagai anak sulung dari empat orang adik beradik, beliau rajin membantu ibu berjualan di Pekan Nabalu, Kundasang sementelah hasil jualan itu juga yang menampung perbelanja­an persekolah­an mereka. Ayahnya pula seorang petani yang juga mengambil upah bertukang dengan membuat rumah bagi menambah pendapatan mereka sekeluarga.

“Saya sepenuh masa menjahit di rumah. Apabila timbul minat untuk menjahit pakaian, saya mula belajar sendiri melalui laman carian google dan Youtube.

“Memahami minat saya, seorang rakan mengesyork­an saya menyertai kursus jahitan pakaian tradisi di pusat kebudayaan ini dan membantu saya untuk mendaftar,” jelas Dallbons yang berketurun­an Kadazandus­un.

Apa yang menarik, kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri itu tidak mengenakan sebarang bayaran dan dia diberikan misi untuk menjahit satu set baju tradisi Dusun Tambunan dan satu set baju tradisi Dusun Papar.

Menurutnya, terdapat juga agensi dan orang perseorang­an yang membuka bengkel untuk membuat baju dengan caj yang tinggi di luar.

“Ada tenaga pengajar yang mengenakan caj RM10 untuk satu jam bagi seorang pelajar dan ada juga yang mengenakan caj RM350 untuk satu pasang baju sahaja yang sememangny­a tidak mampu diikuti oleh individu yang kurang berkemampu­an.

“Sebab itu, saya gunakan peluang dua bulan itu dengan menggali ilmu daripada tenaga pengajar dengan sebaik-baiknya kerana sedar tidak semua berpeluang seperti saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Dallbons turut berkongsi cabaran yang dilaluinya sepanjang dua bulan menyiapkan tugasan yang diberikan.

“Memang perlu menahan mata dan hati untuk menjahit labuci pada baju, mungkin itulah sebabnya baju tradisi ini agak mahal kalau kita upah orang untuk jahit.

“Paling awal saya tidur selepas letih menjahit ialah pada jam 3 pagi sebab selain menjahit untuk tugasan, saya juga menjahit tempahan pelanggan.

“Jari tangan memang selalu ‘menangis’ tercucuk jarum dan makan pula tidak teratur sebab jika sudah mula membuat kerja, pasti lupa mahu makan, kalau saya di kampung pasti mama sudah bising,” katanya.

Dallbons turut mengakui generasi muda kurang berminat menjahit baju tradisiona­l dan kebanyakan yang berminat hanya kaum ibu.

“Bidang jahitan ini sebenarnya boleh menjadi pendapatan sampingan bagi yang mempunyai kerja hakiki memandangk­an keadaan ekonomi sekarang yang tidak begitu stabil dan kesukaran mendapat pekerjaan.

“Kalau anda minat menjahit, teruskan dan jangan malu lebih-lebih lagi menjahit baju tradisiona­l ini sebab anak-anak mudalah yang perlu mewarisi kemahiran itu.

“Satu hal yang sangat baik apabila golongan belia dapat mengembang­kan kreativiti memandangk­an bidang fesyen menjadi perhatian di peringkat dunia,” katanya.

Dallbons percaya idea rekaan yang bakal dihasilkan oleh belia sememangny­a mengikut naluri arus peredaran masa untuk generasi kini.

“Saya juga percaya setiap rekaan yang di hasilkan mampu menarik minat generasi kini untuk membeli atau memilikiny­a.

“Saya turut berimpian untuk memiliki butik dan mengkomers­ilkan jenama saya sendiri khususnya rekaan pakaian tradisiona­l kontempora­ri dan pakaian tradisiona­l suku kaum di Sabah bukan sahaja di peringkat negeri malah antarabang­sa,” katanya yang menjadikan pereka Datuk Seri Bernard Chandran sebagai idola.

Dia turut berpendapa­t, bagi seorang lelaki yang berkeboleh­an dalam membuat kerja wanita merupakan satu bonus dan ia merupakan perkara yang harus dibanggaka­n.

“Selain membantu di dalam menambah sumber kewangan, ia juga boleh dijadikan sebagai karier yang berterusan.

“Kita harus berpandang­an positif dan optimistik, tanpa prejudis terhadap manamana jantina. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang hanya Tuhan menentukan,” katanya,

Dia ditemui selepas majlis penutupan Kursus Kemahiran Menjahit Pakaian Tradisi yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Tan Sri Wences Angang.

Menurut Wences, penganjura­n bengkel dapat meningkatk­an status kebudayaan dan kesenian serta memberi peluang kepada masyarakat untuk memajukan, memperkaya dan memelihara budaya etnik masing-masing.

“Peserta juga dapat belajar dan seterusnya mendapat dorongan mengembang dan mempromosi­kan keunikan dan kepelbagai­an kesenian etnik yang terdapat di Sabah terutamany­a generasi baharu.

“Menjadi harapan saya agar program seperti ini dilaksanak­an pada masa akan datang dengan melibatkan etnik lain pula yang masih belum mengetenga­hkan pakaian tradisi mereka.

“Kita sedia maklum terdapat 35 etnik dan 217 sub-etnik yang terdapat di negeri Sabah, justeru semua etnik mendapat manfaat yang sama agar dapat saling membantu memulihara dan memelihara warisan kita,” ujarnya.

Turut hadir, Pengurus Besar LKNS, William Baya.

 ??  ??
 ??  ?? PAKAIAN etnik Brunei yang dihasilkan oleh peserta.
PAKAIAN etnik Brunei yang dihasilkan oleh peserta.
 ??  ?? SALAH seorang peserta bersama hasil jahitannya yang diperagaka­n.
SALAH seorang peserta bersama hasil jahitannya yang diperagaka­n.
 ??  ?? HASIL kerja kursus para peserta menghasilk­an pakaian tradisi pelbagai etnik.
HASIL kerja kursus para peserta menghasilk­an pakaian tradisi pelbagai etnik.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta merakamkan kenangan bersama hasil jahitan mereka.
SEBAHAGIAN peserta merakamkan kenangan bersama hasil jahitan mereka.
 ??  ?? WENCES (kiri) menyerahka­n sijil kepada Dallbons (kanan).
WENCES (kiri) menyerahka­n sijil kepada Dallbons (kanan).
 ??  ?? PAKAIAN Murut Nabai Keningau turut diperagaka­n.
PAKAIAN Murut Nabai Keningau turut diperagaka­n.
 ??  ?? HASIL yang kemas daripada peserta kursus.
HASIL yang kemas daripada peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia