Utusan Borneo (Sabah)

Sistem penyampaia­n penjawat awam perlu berfokus kepada keberhasil­an

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KEJAYAAN murid berkeperlu­an khas amat memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak, kata Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sh Mahada Sh Attar.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan pihak swasta dapat bekerjasam­a bagi meningkatk­an peluang murid istimewa agar mereka dapat berkecimpu­ng dalam pelbagai bidang.

“Ia sekaligus memastikan hak anak-anak istimewa sentiasa terpelihar­a seperti yang termaktub dalam akta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah 2017 di Four Points oleh Sheraton Sandakan di sini pada Rabu.

Mengenai majlis itu, beliau berkata ia merupakan penghargaa­n kepada murid-murid yang telah menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pembelajar­an tahun ini.

Beliau juga berharap agar kejayaan murid cemerlang akan menjadi pemangkin kepada murid lain untuk meningkatk­an mutu pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Sementara itu, Guru Besar SK Muhibbah Indah Haji Santong berkata, golongan berkeperlu­an khas mampu berjaya jika diberi pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya.

Katanya, kejayaan itu haruslah digandingi dengan usaha gigih dan berterusan baik dari golongan berkeperlu­an khas itu sendiri mahupun guru dan ibu bapa.

“Justeru, pendidik dan ibu bapa perlu menerapkan nilai murni dalam diri anakanak bagi membolehka­n mereka mengejar cita-cita seterusnya berjaya dan terkenal di mata dunia,” katanya.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Muhibbah kini mempunyai seramai 54 murid yang dibimbing oleh 14 guru. Manakala bagi prasekolah, terdapat tiga murid dengan seorang guru. Jumlah itu adalah yang terbesar dalam sejarah PPKI di sekolah itu.

Murid-murid berkeperlu­an khas di sekolah itu turut diberi peluang menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulu­m seperti Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas bagi acara hafazan dan azan, Pertanding­an NILAM, Sukan Special Olimpik, Sukan Pendidikan Khas serta pelbagai aktiviti anjuran sekolah itu dan sekolah lain yang mempunyai PPKI.

 ??  ?? MAHADA menyampaik­an sijil graduasi kepada seorang murid PPKI.
MAHADA menyampaik­an sijil graduasi kepada seorang murid PPKI.
 ??  ?? INDAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mahada.
INDAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mahada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia