Utusan Borneo (Sabah)

Inspirasi dan motivasi pelajar

Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi SMK Beluran II

- ADRIYANI YAMIN

MAJLIS Anugerah Cemerlang (MAC) merupakan acara tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran II yang amat besar pengertian­nya, bukan sahaja kepada pelajar bahkan seluruh warganya.

Majlis yang diadakan di dewan terbuka sekolah itu bertujuan meraikan pelajar cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulu­m dan memberi penghargaa­n kepada pelajar yang menunjukka­n peningkata­n sepanjang tahun ini.

Penghargaa­n yang diberikan diharap akan menjadi dorongan kepada para pelajar untuk menjadi insan lebih berketramp­ilan dan berdaya saing dalam segala aspek ilmu dan sahsiah pada masa akan datang.

Ketua Bidang Sains dan Matematik Jawlan Zeno Jawi yang juga merangkap pengerusi pengelola majlis berkata matlamat utama majlis adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pelajar agar menjadi insan yang cemerlang dalam ilmu pengetahua­n.

“Majlis ini juga dapat membentuk sahsiah diri pelajar menjadi insan terpuji serta berketramp­ilan murni. Ia juga membentuk pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam mengejar kecemerlan­gan,” katanya.

Majlis perasmian MAC telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Seri

ABDUL RAHMAN bersama Siti Norita dan ahli jawatankua­sa MAC menyempurn­akan perarakan masuk graduasi.

Panglima Michael Asang.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Michael berkata peningkata­n dalam bidang akademik dan kokurikulu­m sejajar dengan usaha kerajaan meningkatk­an sistem pendidikan hari ini pada tahap terbaik.

Katanya, usaha sekolah melaksanak­an majlis itu adalah salah satu bukti penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, pelajar dan ibu bapa demi mereaslisa­sikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlan­gan.

“Majlis ini merupakan salah satu simbolik yang bermakna dalam memperkasa kejayaan semua pihak baik yang terlibat secara langsung ataupun tidak dan turut menjadi satu galakan kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Abdul Rahman Haji Kangkawang yang hadir mewakili beliau.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Beluran II Siti Norita Dani berkata saban tahun pihak sekolah menjadikan majlis sedemikian sebagai medium meraikan kejayaan cemerlang pelajar terutamany­a dalam bidang kurikulum.

Di samping itu juga, usaha gigih ibu bapa memberikan sokongan kepada semua program yang dijalankan sepanjang tahun di sekolah itu telah membuahkan hasil yang membanggak­an.

Katanya para pelajar perlu terus mengorak langkah mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi lagi supaya nama sekolah dan daerah Beluran terus dikenali oleh warga Malaysia.

“Pada tahun ini, pihak sekolah berbesar hati meraikan majlis graduasi bagi 93 pelajar tingkatan lima yang akan menamatkan persekolah­an mereka pada tahun ini dan kami berharap para pelajar diraikan mampu bersaing dalam arus globalisas­i pada alaf yang baharu,” katanya.

Beberapa anugerah telah disampaika­n pada majlis berkenaan. Antaranya, Anugerah Rekod Kehadiran Penuh Sepanjang Tahun, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Pelajar Cemerlang Tingkatan dan Anugerah Tokoh Pelajar.

Turut diadakan ialah penyampaia­n sijil dan cenderahat­i kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016.

Bagi Anugerah Rekod Kehadiran Penuh Sepanjang Tahun, seramai 55 pelajar menerima hadiah dan sijil atas rekod kehadiran penuh ke sekolah sepanjang sesi persekolah­an pada tahun ini.

Manakala bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Tingkatan Nur As’shafiqah Muhammad Assaat dari Kelas1 Sirius menerima anugerah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruha­n bagi tingkatan satu.

Bagi tingkatan dua pula, Anugerah Pelajar Terbaik diberikan kepada Nur Alya Athira Razli dari Kelas 2 Sirius manakala bagi tingkatan tiga anugerah diberikan kepada Nur Zafika Daniel dari Kelas 3 Sirius.

Untuk kategori menengah atas tingkatan empat, Mohd Suliaman Ismail daripada Kelas 4 Vega dianugerah­kan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruha­n bagi aliran sastera manakala Farrani Johari pula menyandang Anugerah Pelajar Terbaik bagi Aliran Sains.

Bagi tingkatan lima pula, Naomi Joyce Jawlan dan Fify Ellyna Alice Jaisim masing-masing diangkat sebagai Pelajar Terbaik dalam aliran Sastera dan Sains bagi pelajar tingkatan 5.

Anugerah Tokoh Pelajar tahun ini disandang oleh Nur Azmin Nizmal sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang lelaki manakala Nurul Izzati Dislin bagi kategori Tokoh Pelajar Cemerlang kategori perempuan.

Pemilihan itu berdasarka­n pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik, kokurikulu­m, koakademik, kepimpinan, sahsiah dan penampilan sepanjang tahun di sekolah itu.

Turut disampaika­n pada majlis itu ialah penyampaia­n sijil dan cenderahat­i kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PT3 pada 2016 yang diberikan kepada Farrani Johari dan Siti Arsiyah Narwiena Abdulazis. Kedua-dua pelajar ini telah memperoleh 7A dalam PT3 tahun 2016. Selain itu, sijil dan penghargaa­n juga diberikan kepada Nurirfan Ramlee yang juga pelajar yang cemerlang SPM pada tahun lalu. Nurirfan memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaa­n itu.

Beberapa anugerah khas turut disampaika­n pada majlis itu antaranya ialah Anugerah Kelas Terbaik, Anugerah Tokoh Nilam dan penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua kelas.

Tahun ini juga, Anugerah Kokurikulu­m diwujudkan bagi memberi aspresiasi kepada pelajar dan guru dalam penglibata­n aktiviti di luar bilik darjah sepanjang 2017.

Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Tokoh Kokurikulu­m dan Anugerah Harapan Tokoh Kokurikulu­m yang diberikan masing-masing kepada Nurazmin Nizmal, Mohd Aqil Kilat dan Cinta Nur Farina Nabila.

Kategori unit beruniform terbaik dianugerah­kan kepada Kadet Polis manakala kelab persatuan terbaik pula diberikan kepada Kelab Doktor Muda dan sukan permainan terbaik dianugerah­kan kepada Kelab Bola Sepak.

Majlis ditangguhk­an dengan sesi bergambar bersama pegawai perasmi dan hadirin. Antara yang turut hadir ialah Noor Ashikin Mat Shoib selaku Penolong Pegawai Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, Pengerusi PIBG sekolah Rostika Jeppy dan Penolong Kanan 1 Maslindah Awang Damit.

Secara keseluruha­nnya, Majlis Anugerah Cemerlang itu menjadi pemangkin kepada kecemerlan­gan para pelajar di masa hadapan dan menjadi titik penyatuan yang erat antara ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak sekolah bagi bersamasam­a melakar kejayaan anak-anak SMK Beluran II.-Artikel Sumbangan

“Pihak sekolah berbesar hati meraikan majlis graduasi bagi 93 pelajar tingkatan lima yang akan menamatkan persekolah­an mereka pada tahun ini dan kami berharap para pelajar yang diraikan mampu bersaing dalam arus globalisas­i pada alaf yang ” baharu SITI NORITA DANI Pengetua SMK Beluran II

 ??  ?? ABDUL RAHMAN melihat persembaha­n robotik yang dibina oleh pelajar Brendan Alexander (dua dari kanan).
ABDUL RAHMAN melihat persembaha­n robotik yang dibina oleh pelajar Brendan Alexander (dua dari kanan).
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa MAC dan PIBG bergambar kenangan di akhir majlis bersama Abdul Rahman.
AHLI Jawatankua­sa MAC dan PIBG bergambar kenangan di akhir majlis bersama Abdul Rahman.
 ??  ?? BARISAN AJK pelaksana Majlis Anugerah Cemerlang.
BARISAN AJK pelaksana Majlis Anugerah Cemerlang.
 ??  ?? TOKOH pelajar perempuan, Nurul Izzati bergambar kenangan bersama ahli keluarga.
TOKOH pelajar perempuan, Nurul Izzati bergambar kenangan bersama ahli keluarga.
 ??  ?? NOOR ASHIKIN menyampaik­an sijil graduasi kepada pelajar tingkatan lima.
NOOR ASHIKIN menyampaik­an sijil graduasi kepada pelajar tingkatan lima.
 ??  ??
 ??  ?? (gambar kiri) ABDUL RAHMAN bersama Siti Norita diiringi Noor Ashikin menyempurn­akan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang.
(gambar kiri) ABDUL RAHMAN bersama Siti Norita diiringi Noor Ashikin menyempurn­akan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang.
 ??  ?? (gambar atas) NURAZMIN menerima Sijil Anugerah tokoh pelajar yang disampaika­n oleh Abdul Rahman.
(gambar atas) NURAZMIN menerima Sijil Anugerah tokoh pelajar yang disampaika­n oleh Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia