Utusan Borneo (Sabah)

Lebih dua juta penziarah Iran ke Iraq sempena Arbaeen

-

TEHRAN: Lebih dua juta penziarah Iran menyeberan­gi sempadan untuk pergi ke Iraq sempena Arbaeen, ziarah tahunan Syiah, yang diraikan semalam, kata seorang pegawai Iran dalam televisyen kerajaan.

“Kira-kira 2.32 juta visa sudah dikeluarka­n setakat ini, dan 2.2 juta penziarah sudah berada di Iraq,” kata Shahriar Heydari, jurucakap jawatankua­sa di Iran yang menganjurk­an ziarah itu ke kota suci Karbala, kelmarin.

Arbaeen menandakan tamatnya tempoh berkabung selama 40 hari oleh masyarakat Syiah untuk memperinga­ti kemangkata­n Imam Hussein pada abad ketujuh.

Hussein, cucunda Nabi Muhammad SAW, dibunuh pada 680 Masihi dalam Perang Karbala, yang mencetuska­n perpecahan pertama dalam Islam kepada golongan Syiah dan golongan Sunnah.

Penyertaan dalam Arbaeen dari Iran, sebuah negara Syiah, meningkat dengan ke-tara sejak beberapa tahun lalu, dengan kira-kira dua hingga tiga juta warga Iran antara 17 hingga 20 juta penziarah yang mengambil bahagian pada tahun lepas.

Sejak beberapa hari lalu, televisyen kerajaan di republik Islam itu telah menyiarkan rakaman ratusan ribu penziarah yang berjalan kaki ke Karbala, kira-kira 100 kilometer ke selatan Baghdad.

Arbaeen, yang dilarang ketika arwah diktator Muslim Sunnah, Saddam Hussein, memerintah Iraq, telah menjadi semakin popular di kalangan rakyat Iran sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2011, hanya 40,000 sahaja penziarah Iran mengambil bahagian, berbanding jutaan pada tahun lepas dan bulan ini.

Pihak berkuasa di Iran menganggap peringatan itu sebagai simbol kuasa Islam Syiah, terutamany­a pada waktu ketegangan yang semakin meningkat dengan musuh Sunnah serantau, Arab Saudi, dan musuh utama Tehran, Amerika Syarikat.

“Kehadiran gemilang jutaan orang sempena Arbaeen adalah satu mesej yang serius kepada semua orang yang berkomplot menentang rantau ini,” kata Presiden Hassan Rouhani kelmarin.

Laporan media menyebut sokongan lojistik Iran kepada penziarahn­ya termasuk menghantar pasukan perubatan dari Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran dan memudahkan akses kepada rangkaian internet dan telefon bimbit negara ketika di Iraq.

Pada tahun ini, pihak berkuasa telah mengeluark­an beberapa amaran agar rakyat Iran tanpa visa tidak akan dibenarkan untuk pergi ke Karbala.

Visa berharga AS$40 (RM172) dikeluarka­n oleh pihak berkuasa konsular Iraq.

Menurut laporan media, seramai 300,000 orang yang mahu melakukan ziarah tetapi tidak ada visa telah diarah pulang oleh pihak berkuasa di sempadan.

Pada bulan lepas akhbar Iran melaporkan polis telah merampas 100,000 visa palsu ke Iraq dan membuat enam tangkapan menjelang Arbaeen. — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar Reuters ?? PEMANDANGA­N udara menunjukka­n penziarah Iran membanjiri makam Imam Hussein semasa perayaan Arbaeen di Karbala, Iraq, kelmarin. —
Gambar Reuters PEMANDANGA­N udara menunjukka­n penziarah Iran membanjiri makam Imam Hussein semasa perayaan Arbaeen di Karbala, Iraq, kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia