Utusan Borneo (Sabah)

Pence berjumpa mangsa kes tembakan di gereja Texas

-

SUTHERLAND SPRINGS: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berjumpa dengan mangsa selamat dan keluarga mangsa di Texas di Texas kelmarin, manakala pegawai mengenal pasti mereka yang terbunuh dalam satu serangan beramairam­ai di sebuah gereja desa, termasuk lapan kanakkanak.

Mereka adalah antara 26 orang yang maut apabila Devin Patrick Kelley menembak Gereja Baptist Pertama Sutherland Springs bertalutal­u ketika kebaktian Ahad pada hujung minggu lepas.

Pence yang kelihatan sugul diiringi Gabenor Texas, Greg Abbott – bercakap di hadapan gereja, dan berkata beliau serta isterinya Karen tiba di bandar itu dengan “hati berat”.

“Kepercayaa­n adalah lebih kuat berbanding kejahatan,” kata Pence. “Saya di sini sebagai naib presiden untuk memastikan sumber AS digunakan sepenuhnya.”

“Rakyat Amerika bersama anda,” ujarnya. “Kami tidak akan meninggalk­an anda.”

Pence dijadual menghadiri kebaktian petang bersama komuniti yang bersedih di sebuah stadium futbol sekolah tinggi yang terbuka.

Orang menunggu dalam barisan panjang untuk melepasi pemeriksaa­n keselamata­n bagi memasuki stadium beberapa jam sebelum kebaktian manakala ada yang berkumpul dan berdoa di tempat letak kereta.

Video serangan itu, yang dirakamkan oleh kamera yang merekodkan kebaktian untuk paparan dalam talian, menunjukka­n Kelley sengaja membunuh orang, menurut akhbar The New York Times, yang memetik seorang pegawai penguatkua­saan undang-undang yang tidak dinamakan.

Serangan itu berlaku kirakira selama tujuh minit dan lelaki bersenjata terbabit menembak mangsa, termasuk kanak-kanak, dengan tersusun di bahagian kepala, menurut The Times.

Tujuh kanak-kanak maut di tempat kejadian, manakala Emily Garcia, 7, meninggal dunia di hospital, kata polis.

Kelley mempunyai sejarah keganasan dan masalah kesihatan mental, dan dibuang dari angkatan tentera selepas dipenjara selama setahun kerana keganasan domestik.

Pence menegaskan Tentera Udara akan mengumumka­n dengan cepat hasil siasatan dalaman untuk mengetahui kenapa pensabitan Kelley tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data yang digunakan untuk memeriksa latar belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia