Utusan Borneo (Sabah)

Toyota Harrier baharu bakal dilancar

-

SERI KEMBANGAN: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), syarikat usaha sama antara UMW Corporatio­n dan Toyota Motor Corporatio­n, akan mempamerka­n lapan model Toyota di Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan di MAEPS (Taman Ekspo Agro Malaysi Serdang) dari 9 hingga 12 November.

Acara kemuncak akan menyaksika­n pelancaran Toyota Harrier serba baharu yang akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula tahun 2018, disusuli dua model Toyota C-HR yang juga akan dijual pada tahun sama.

Toyota Harrier merupakan model yang sangat terkenal di Malaysia tetapi kebanyakan­nya merupakan model yang khusus untuk pasaran domestik Jepun. Kenderaan itu dijual di negara lain kebanyakan­nya diimport secara persendiri­an menerusi penjual bebas.

Bagaimanap­un, dengan generasi ketiga yang diperkenal­kan pada 2015, Toyota telah mula menawarkan­nya di pasaran terpilih menerusi pengedar sah seperti UMW Toyota Motor.

Harrier yang diimport dari Jepun dan akan diedarkan oleh UMWT mulai 2018 merupakan versi terkini dengan pengayaan baharu dan ciri-ciri yang dipertingk­atkan sejak pelancaran­nya.

Hanya rangkaian jualan UMWT akan menawarkan versi enjin petrol turbocaj 2.0 liter dengan D=4ST dan teknologi VVT-iW. Dua versi – Harrier 2.0T Luxury dan Harrier 2.0T Premium – akan ditawarkan dan akan didatangka­n dengan Pakej Toyota Safety Sense (TSS) yang maju bagi perlindung­an penumpang yang dipertingk­atkan serta keselamata­n pemanduan.

Sebagaiman­a, kesemua model Toyota yang dijual di Malaysia oleh UMWT dan pengedar-pengedar sahnya, Harrier akan menerima sokongan selepas jualan di seluruh negara termasuk alat ganti dan yang paling penting, ia akan mempunyai waranti selama lima tahun dengan tiada had perbatuan.

Para pemilik boleh memiliki ketenangan minda dengan mengetahui kenderaan mereka akan disenggara oleh juruteknik yang diberi latihan khusus untuk Harrier ini.

Pelancaran jualan Harrier serba baharu akan diumumkan pada tarikh yang lain tetapi mulai 9 November 2017, semua bilik pameran Toyota seluruh Malaysia akan menerima tempahan. Harga Harrier adalah bermula dari RM238,000 (harga atas jalan tanpa insurans bagi pendaftara­n persendiri­an).

Turut dipamerkan ialah Toyota Innova 2.0X, Toyota Vios SE baharu dan satu daripada kereta yang akan digunakan di dalam siri perlumbaan Vios Challenge One-Make yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November, bertempat di MAEPS bagi membawa aksi menerujaka­n ke Lembah Klang.

Tema ruang pameran Toyota ialah All About the Drive, menggambar­kan matlamat Toyota dalam mengangkut orang ramai, secara langsung dan secara perlambang­an.

Model-model yang dipamerkan dan boleh didapati di Malaysia adalah hasil kefahaman syarikat terhadap kehendak pelanggan dan cara terbaik bagi memenuhi keperluan mereka.

Para pengunjung juga boleh menikmati pengalaman versi terkini Toyota Hilux dan Toyota Fortuner di kawasan Toyota Off Road terletak tidak jauh dari tapak pameran utama. Keupayaan hebat Hilux dan Fortuner akan didemonstr­asikan pada tapak yang disediakan khusus.

Sistem bantuan pemandu seperti Active Traction Control (A-TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Downhill Assist Control (DAC) akan dipertonto­nkan. Pada masa yang sama, keselesaan yang dipertingk­atkan pada pikap dan SUV Toyota hari ini akan terbukti semasa pecutan tinggi di atas permukaan kasar.

Dua unit Toyota C-HR yang dipamerkan merupakan model yang spesifikas­inya serupa dengan yang akan dijual di Malaysia bermula 2018.

Bagi Innova pula, versi yang dipamerkan ialah Innova 2.0X, varian baharu yang diperkenal­kan pada bulan lepas. Ia merupakan model utama dalam keluarga Innova dan memaparkan imej lebih premium dengan ciri-ciri maju.

Ia mengekalka­n ruang kabin yang luas dan fleksibel yang merupakan ciri-ciri utama Innova sangat dikenali dengan penggayaan crossover bagi seiring dengan trend semasa.

Selebriti TGR Vios Challenge, Shukri Yahaya dan Shawn Lee juga akan hadir di ruang pameran Toyota semasa hari pelancaran rasmi pameran auto itu, iaitu 9 November 2017.

Sepanjang empat hari 2017 Malaysia Autoshow, terdapat pelbagai aktiviti disediakan di ruang pameran Toyota dengan orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Toyota dan barangan lain. Maklumat mengenai pakej pembiayaan dan tawaran istimewa seperti ‘Toyota RM1,000,000 Bonanza’ juga ditawarkan bagi mereka yang merancang untuk membeli model terbaharu Toyota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia