Utusan Borneo (Sabah)

66,000 lawat Tambunan

Sempena VTBN2017 setakat September tahun ini

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Seramai 66,000 pelancong dari dalam dan luar negeri mengunjung­i daerah ini sepanjang Tahun Melawat Tambunan (VTBN2017) sehingga September tahun ini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno berkata, dalam proses perancanga­n, pihak penganjur telah menekankan elemen penglibata­n secara total atau pun inklusif daripada semua pihak dan masyarakat di daerah ini.

“Impak positif ekonomi sudah mula kelihatan dan inilah kesan jika ada keprihatin­an, kerjasama serta penglibata­n secara total daripada seluruh masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Persatuan Ibu Tunggal peringkat negeri sempena Bulan Kebajikan yang diadakan di Pisompurua­n Square, di sini pada Khamis.

Katanya, daerah ini yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 40,000 orang mempunyai 15 tempat yang mampu menarik pelawat datang.

Selain itu, ada banyak lagi potensi yang boleh menjana pendapatan ekonomi iaitu melalui inap desa.

“Kita sebenarnya masih kekurangan tempat penginapan, namun dengan adanya inap desa ia boleh mengatasi masalah kekurangan penginapan ini.

“Saya menyaranka­n kepada Persatuan Ibu Tunggal di daerah ini agar merebut peluang ini kerana ia boleh membantu kita dalam pewujudan peluang pekerjaan,” katanya.

Silverius berkata, dunia sekarang telah menjadi begitu moden dan canggih hasil daripada kepintaran manusia yang telah mencipta berbagai teknologi yang membantu manusia agar kehidupan menjadikan lebih mudah lagi.

Namun katanya, seringkali

“Impak positif ekonomi sudah mula kelihatan dan inilah kesan jika ada keprihatin­an, kerjasama serta penglibata­n secara total daripada seluruh ” masyarakat SILVERIUS BRUNO

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan

kemudahan itu disalahgun­akan oleh segelintir manusia dan telah menimbulka­n masalah sosial yang kian meningkat termasuk kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak selain nilai moral kehidupan manusia sudah terjejas.

Menurut beliau, kerajaan juga sentiasa mengambil berat kesejahter­aan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, dan berharap program seperti itu dapat membantu melahirkan rasa tanggungja­wab dan peranan setiap ahli dalam masyarakat di negeri ini.

Beliau berkata tema Bulan Kebajikan tahun ini adalah ‘Memperkuku­hkan Inklusivit­i Ke arah Kesejahter­aan Masyarakat’ yang mempunyai pengertian luas dan boleh merangkumi banyak aspek serta elemen positif dalam kehidupan seharian sebagai warganegar­a Malaysia.

“Sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, rakyat perlu mempunyai sikap keprihatin­an kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya yakin inklusivit­i ataupun penglibata­n yang total seperti pada hari ini mampu mewujudkan satu suasana persefaham­an, ikatan persaudara­an yang rapat serta positif, dan seterusnya dapat mengukuhka­n perpaduan masyarakat setempat khususnya di daerah ini dan negeri Sabah amnya,” katanya.

Program anjuran Persatuan Ibu Tunggal Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah itu dihadiri seramai 300 orang termasuk Pegawai Daerah dan Pengerusi Penyelaras Program Thomas Logijin, Presiden Persatuan Ibu Tunggal Negeri Sabah Norhanida Anol dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Daerah Tambunan Puan Flora Tajin.

 ??  ?? SILVERIUS (dua kanan) mencuba produk baharu kopi tempatan ketika melawat pameran yang diadakan. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan) dan Norhanida (kiri).
SILVERIUS (dua kanan) mencuba produk baharu kopi tempatan ketika melawat pameran yang diadakan. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan) dan Norhanida (kiri).
 ??  ?? SILVERIUS (berdiri, sembilan dari kiri) bersama Thomas, Norhanida dan pegawai kerajaan lain bergambar dengan barisan AJK penganjur.
SILVERIUS (berdiri, sembilan dari kiri) bersama Thomas, Norhanida dan pegawai kerajaan lain bergambar dengan barisan AJK penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia