Utusan Borneo (Sabah)

Hari Terbuka SL1M Sepanggar tawar 2,000 jawatan kosong

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Pada kemuncak Program Kerjaya dan Temu duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), sebanyak 2,000 jawatan kosong daripada lebih 30 syarikat yang tersedia dijangka akan membantu graduan mendapatka­n pekerjaan yang sesuai.

SL1M akan melabuhkan tirai Kembara U utreach 2017 dengan mengadakan Hari Terbuka SL1M pada 18 November bertempat di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Sabah.

Ketua Sekretaria­t Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Hajah Norashikin Haji Ismail berkata, walaupun diadakan pada satu hari sahaja namun pihaknya komited untuk membantu para graduan di Sabah mendapatka­n pekerjaan yang sesuai untuk mereka.

“Dengan mengekalka­n konsep yang sama, program ini juga menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.

“Sesi temuduga akan dijalankan pada hari berkenaan oleh pihak syarikat yang terlibat seperti Petronas, Maybank, Telekom Malaysia, Legoland dan banyak lagi,” katanya pada sidang media Hari Terbuka SL1M 2017 di sini pada Khamis.

Antara aktiviti lain pada hari itu ialah Resume Clinic yang mana pihak SL1M akan membantu dan memberi panduan pengunjung untuk menulis resume.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang berhibur dan mendengar ceramah motivasi bersama selebriti seperti Faizal Tahir, Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega, Estranged, Akim & The Majistret, Sakura Band, Aunty Patrin dan Farish Aziz.

Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah menarik daripada Krew Kupi Kupi FM.

Majlis perasmian Hari Terbuka SL1M 2017 ini akan disempurna­kan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

 ??  ?? NORASHIKIN (tengah) bersama selebriti tempatan yang akan memberi motivasi serta inspirasi pada Hari Terbuka SL1M 2017.
NORASHIKIN (tengah) bersama selebriti tempatan yang akan memberi motivasi serta inspirasi pada Hari Terbuka SL1M 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia