Utusan Borneo (Sabah)

UMS, Huawei tandatanga­n MoU

Untuk bangunkan kampus pintar

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Huawei Technologi­es (Malaysia) Sdn Bhd menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) pada Khamis bagi kerjasama dalam beberapa bidang termasukla­h berkaitan pembanguna­n kampus pintar.

Majlis pertukaran dokumen MoU diadakan di Kuala Lumpur sempena program Huawei Asia-Pacific

“Sebagai sebuah universiti ke arah proses Transforma­si Universiti/Industri (IR) 4.0, pelbagai inisiatif telah dan sedang dirancang. Ini termasukla­h pembanguna­n kampus digital dan mereka bentuk semula kurikulum prasiswaza­h mengikut keperluan 4.0.” IR PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor

Innovation Day dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Dauk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir (Rotating) Huawei Guo Ping.

Pada majlis itu, UMS diwakili Naib Canselor Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin manakala Huawei Technologi­es (Malaysia) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Abraham Liu Kang.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi dan Presiden Huawei bagi Wilayah Asia Tengah dan Caucasus Liu Hongyun.

Kamarudin dalam satu kenyataan berkata, kesediaan pihak Huawei untuk menjadi rakan industri UMS adalah amat dialu-alukan.

“Sebagai sebuah universiti ke arah proses Transforma­si Universiti/Industri (IR) 4.0, pelbagai inisiatif telah dan sedang dirancang.

“Ini termasukla­h pembanguna­n kampus digital dan mereka bentuk semula kurikulum prasiswaza­h mengikut keperluan IR 4.0,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama akademia dan pihak industri seperti Huawei adalah penting untuk membantu UMS dalam merealisas­ikan agenda IR 4.0.

“Harapan saya, dengan kerjasama ini akan dapat meningkatk­an lagi kapasiti dan keupayaan UMS untuk menghadapi era IR 4.0,” katanya.

 ??  ?? KAMARUDIN (tiga dari kiri) dan Abraham (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an Ahmad Zahid (tiga dari kanan), Ong (dua dari kanan), Zaki (kanan) dan Guo Ping (kiri).
KAMARUDIN (tiga dari kiri) dan Abraham (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an Ahmad Zahid (tiga dari kanan), Ong (dua dari kanan), Zaki (kanan) dan Guo Ping (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia