Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai ganjaran dan rebat daripada SDAC-Ford

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA: Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan merealisas­ikan impian anda untuk mengakhiri tahun ini dengan tawaran dan ganjaran hebat sambil mewarnai hidup anda dengan penuh kebiruan.

Kini anda berpeluang untuk mempamerka­n semangat percutian anda di jalanan dan menghiaska­n kenderaan anda dengan dekorasi perayaan dengan hidung biru dan tanduk rusa eksklusif Ford apabila anda memandu uji kenderaan Ford di mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara.

Bagi setiap pembelian Ranger WildTrak pula, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, sementara Ranger XLT akan menawarkan anda kos penyelengg­araan sifar untuk lima tahun atau 100,000km1 di samping rebat tunai yang menawan.

Untuk perjalanan yang menyeronok­kan, anda juga boleh memilih untuk memiliki sebuah Focus atau Fiesta bersama rebat tunai sebanyak RM23,000, penyelengg­araan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun.

Pada masa sama, anda juga boleh membawa kenderaan anda untuk pemeriksaa­n bagi 27 peringkat secara percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford, dan menerima diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan serta pakej lain, dan diskaun buruh sebanyak 10 peratus bagi pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilih.

Promosi ini boleh didapati di seluruh negara mulai 18 Disember 2017 sehingga 17 Februari 2018.

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah akan turut menerima cenderamat­a Ford hanya di pengedar-pengedar sah Ford di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my atau kunjungi pengedar sah Ford yang berdekatan.

 ??  ?? RAIKAN percutian perayaan akhir tahun dengan pelbagai ganjaran dan rebat yang ditawarkan oleh SDAC-Ford.
RAIKAN percutian perayaan akhir tahun dengan pelbagai ganjaran dan rebat yang ditawarkan oleh SDAC-Ford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia