Utusan Borneo (Sabah)

Lazada Malaysia sasar Online Revolution 2017 tingkat pesanan sepuluh kali ganda

-

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan pelancaran acara membelibel­ah terbesar bagi tahun ini – Online Revolution 2017, Lazada Malaysia menjangkak­an peningkata­n pesanan sebanyak sepuluh kali ganda sepanjang Online Revolution.

Acara ekstravaga­nza membeli-belah dalam talian selama sebulan yang memasuki tahun keenam ini akan bermula pada 11 November sehingga 14 Disember yang menampilka­n 90 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.

Dengan bertemakan‘ Shop the Universe ’, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkena­lkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia.

Seksyen baharu termasukla­h ‘Barangan Digital’ yang merangkumi e-baucer Lazada, kad hadiah Petronas dan pakej pelanconga­n ‘Kedai Rasmi’ dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal, dan akhir sekali ‘Koleksi Taobao’ yang termasuk produk serta barangan kurasi daripada Penjual Taobao China yang teratas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Hans-Peter Ressel berkata, semakin ramai yang mempercaya­i pembelian melalui dalam talian. Ia menunjukka­n bahawa penerimaan e-Dagang semakin berkembang dan persekitar­an dalam talian semakin berkembang dalam pasaran Malaysia.

“Satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudahpun memuat turun aplikasi Lazada dan kami menjangkak­an satu daripada lima warga Malaysia akan mengunjung­i platform kami pada Online Revolution tahun ini.

“Ini merupakan bukti kukuh tentang kepakaran kami dalam menjangka apa yang akan menjadi permintaan pelanggan pilihan yang lebih banyak pada bila-bila masa,” katanya.

Hans-Peter berkata, kempen itu mencermink­an komitmen syarikat terus menyediaka­n pengalaman membeli belah yang lancar untuk para pelanggan.

“Sudah menjadi falsafah kami untuk berkembang dan berubah mengikut keperluan pelanggan dan itulah sebabnya kami meningkatk­an penawaran sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lepas.

“Dengan menyediaka­n ‘Universe’ di hujung jari pelanggan, kami memenuhi segenap aspek membeli belah melalui dalam talian yang penting buat mereka termasukla­h harga yang berpatutan, pilihan dan kemudahan,” katanya.

Sempena kempen itu, para pelanggan boleh membeli barangan pelbagai jenama termasuk Senheng, Tefal, NYX, Maybelline, Carlo Rino, Durex, Dettol, Scholl, Veet, Motorola-Lenovo, JBL, Drypers, Watsons dan Nivea dengan potongan diskaun sehingga 90 peratus. Para pembeli juga boleh menikmati tawaran sehingga serendah RM1, promosi ‘Beli 1 percuma 1’, jualan kilat jenama dan ‘Kotak Misteri’ pada harga diskaun.

Online Revolution akan disertai oleh pelbagai rakan pemasaran termasuk Digi dan CIMB, dan menyediaka­n hadiahhadi­ah bernilai lebih RM60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini, sila layari http://www.lazada. com.my/online-revolution. Oleh Adriana Mroon Ambrose

 ??  ?? HANS-Peter Ressel menerangka­n satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudah memuat turun aplikasi Lazada.
HANS-Peter Ressel menerangka­n satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudah memuat turun aplikasi Lazada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia