Utusan Borneo (Sabah)

PPPPPM cawangan Sabah hargai Bajet 2018

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPPM) cawangan Sabah, Datuk Haji Zulkifli Haji Jaafar mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan atas Bajet 2018 yang begitu baik untuk rakyat termasuk para pesara.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama sekali Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang mengambil berat terhadap pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Beliau menyatakan demikian ketika mengetuai rombongan seramai 13 ahli jawatankua­sanya melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabatnya di sini.

Masidi juga adalah Exco Pendidikan Negeri Sabah dan juga Penaung PPPPPM cawangan Negeri Sabah.

Zulkifli memberitah­u dalam kunjungan dan perbincang­an dengan Masidi, ahli rombongan turut menyentuh mengenai kedudukan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ken ingau dan T awau selain bangunan sekolah daif serta perabot sekolah seperti meja dan kerusi, perabot asrama antaranya katil, tilam dan lain-lain lagi.

“Kami amat berterima kasih kepada Masidi yang begitu mengambil perhatian ke atas isu yang dikemukaka­n kepadanya,” katanya.

Beliau juga memaklumka­n bahawa Sabah akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung PPPPPM peringkat kebangsaan yang dijadualka­n awal Disember tahun hadapan.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Awang Mohdzar Abdul Samad, Naib Yang Dipertua Datuk Dr Dayu Sansalu, Setiausaha Agung Haji Mohd Zajih Haji Edinin, Ketua Biro Penerangan Haji Hussein Ahmad Bee dan Setiausaha Biro Penerangan Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik.

 ??  ?? MASIDI (berdiri tengah) dan Zulkifli (empat kiri) bersama AJK Tertinggi PPPPPM selepas kunjungan itu.
MASIDI (berdiri tengah) dan Zulkifli (empat kiri) bersama AJK Tertinggi PPPPPM selepas kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia