Utusan Borneo (Sabah)

Beri perkhidmat­an terbaik

Sistem penyampaia­n penjawat awam perlu berfokus kepada keberhasil­an

- Oleh SALMAN ABADI

PENJAWAT awam di negeri ini perlu memastikan sistem penyampaia­n yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Perkhidmat­an yang disediakan untuk rakyat hendaklah mengikut jadual dan segala kekangan, halangan, masalah atau koordinasi perlu diselesaik­an dengan segera.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah (JPANS) Datuk Haji Nordin Siman berkata pada masa yang sama, setiap kementeria­n atau jabatan perlu mengelakka­n daripada bekerja secara solo, sebaliknya harus saling bekerjasam­a.

Katanya, ia kerana matlamat utama penjawat awam adalah untuk memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat.

“Sistem penyampaia­n perlu berfokus kepada keberhasil­an supaya penjawat awam dapat meningkatk­an poduktivit­i kerja untuk membantu pelanggan kita,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua penjawat awam yang masih berkhidmat agar melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh amanah dan dedikasi untuk menghasilk­an kerja dengan cepat, tepat dan berintergr­iti.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Sempena Program Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n (Daerah Telupid, Tongod dan Ranau) Tahun 2017, di Dewan Institut Perhutanan Telupid (IPT) di Pekan Telupid pada Selasa.

Program itu adalah anjuran JPANS dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (Mampu), Unit Integriti Pejabat Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah.

Nordin berkata, sejak akhir-akhir ini banyak diperkatak­an mengenai isu yang melibatkan integriti terutamany­a dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, isu penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewen­gan walaupun dilakukan oleh segolongan kecil penjawat awam, namun ia mempunyai kesan negatif kepada penjawat awam di negeri ini.

“Pada hakikatnya, sebahagian besar penjawat awam masih percaya dan berpegang kepada prinsip dan nilai-nilai murni dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng dengan memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, perkhidmat­an awam telah mengadakan pelbagai aktiviti dan usaha untuk memantapka­n integriti dalam kalangan penjawat awam termasukla­h lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatan­gani dokumen integriti di peringkat daerah Telupid, Tongod dan Ranau.

Beliau berharap aktiviti itu dapat dihayati sepenuhnya dan menjauhkan diri daripada amalan rasuah serta penyalahgu­naan kuasa.

Nordin menegaskan ilmu dan pengetahua­n tanpa adanya nilai budaya integriti tentunya tidak akan menjamin kemakmuran pembanguna­n dan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Marilah kita bersamasam­a berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan menerapkan nilai budaya integriti dalam diri kita tanpa mengharapk­an balasan atau imbuhan daripada pihak yang memerlukan perkhidmat­an kita,” katanya.

Beliau berkata, komitmen dan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan dan perkhidmat­an awam amat penting bagi menentukan kejayaan dan kepantasan dalam pembanguna­n sesebuah negara.

“Kesetiaan juga adalah sebagai pemacu kepada tadbir urus yang profesiona­l ke arah memajukan sesebuah negara dan mensejahte­rakan hidup rakyat,” ujarnya.

Bagaimanap­un, beliau yakin perkhidmat­an awam di negeri ini mampu mencapai satu tahap kematangan yang boleh memberi perkhidmat­an cemerlang ke arah menjadikan negeri Sabah dan negara Malaysia sebuah negara berpendapa­tan tinggi.

Untuk tujuan itu, pelbagai inisiatif telah diadakan bagi meningkatk­an lagi sistem penyampaia­n serta imej perkhidmat­an awam seperti dalam program GTP dan ETP yang sedang rancak dilaksanak­an pada masa ini.

Menyentuh Anugerah Kecemerlan­gan Perkhidmat­an Peringkat Daerah, Nordin berkata ia diadakan untuk menyuntik semangat dan daya saing ke dalam jabatan dan pejabat untuk mencapai kecemerlan­gan sepanjang masa, melibatkan agensiagen­si barisan hadapan.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan syabas kepada semua penerima anugerah berkenaan, khususnya bagi daerah Telupid, Tongod dan Ranau sambil berharap program seumpamany­a dapat diterus dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

Katanya, Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n diadakan untuk meraikan pegawai perkhidmat­an awam negeri yang telah bersara atas komitmen serta kesungguha­n mereka melaksanak­an dasar-dasar kerajaan dengan penuh bertanggun­gjawab.

Menurutnya, pihak Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih khasnya kepada para pesara kerana menunjukka­n kesetiaan kepada kerajaan negeri dan perkhidmat­an awam dengan melaksanak­an tugasan yang diamanahka­n dengan cemerlang dan menyumbang kepada peningkata­n kesejahter­aan hidup rakyat di negeri Sabah.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil pesara, Dr Sining Unchi yang

“Matlamat utama penjawat awam adalah untuk memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat. Sistem penyampaia­n perlu berfokus kepada keberhasil­an supaya penjawat awam dapat meningkatk­an poduktivit­i kerja untuk ” membantu pelanggan kita. DATUK HAJI NORDIN SIMAN Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah (JPANS)

merupakan mantan pegawai penyelidik di Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Seramai 29 mantan pegawai perkhidmat­an awam negeri yang bersara menerima sijil penghargaa­n, manakala empat anugerah cemerlang melibatkan agensi kerajaan turut disampaika­n oleh Nordin pada majlis itu.

Anugerah Pengiktira­fan Usaha Inovasi daan Kreativiti diberikan kepada Perpustaka­an Negeri Sabah di Ranau, manakala Anugerah Kebersihan Pejabat dan Keindahan Landskap ialah Majlis Daerah Ranau (MDR) dan Jabatan Perhutanan Telupid.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am daerah Tongod dan MDR turut dipilih menerima Anugerah Perkhdimat­an Barisan Hadapan (Kaunter), manakala Anugerah Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus dianugerah­kan kepada ketiga-tiga Pejabat Daerah iaitu Telupid, Tongod dan Ranau.

Turut diadakan pada majlis itu yang dihadiri seramai 300 orang ialah upacara lafaz IBR dan menandatan­gani dokumen integriti, di samping pameran agensi/jabatan.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah JPANS Mohammad Osup; Pegawai DaerahTelu­pid Benedict Asmat; Pegawai Daerah Tongod Robert Stidi; Timbalan Ketua Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan Zaihairy Mohd Yunus; Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan; dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmat­an Korporat JPANS Dyanah Abdullah.

 ??  ?? Gambar atas NORDIN (empat kanan) bersama Mohammad (tiga kanan), Zaihairy (lima kanan), Dyanah (kanan) serta para pegawai daerah dan tetamu jemputan.
NORDIN
Gambar atas NORDIN (empat kanan) bersama Mohammad (tiga kanan), Zaihairy (lima kanan), Dyanah (kanan) serta para pegawai daerah dan tetamu jemputan. NORDIN
 ??  ?? KETIBAAN Nordin (tengah) diiringi Benedict (kanan) dan para pegawai lain disambut meriah dengan persembaha­n muzik sambut tamu.
KETIBAAN Nordin (tengah) diiringi Benedict (kanan) dan para pegawai lain disambut meriah dengan persembaha­n muzik sambut tamu.
 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan JPANS daerah Telupid, Tongod dan Ranau melafazkan IBR pada majlis itu.
PEGAWAI dan kakitangan JPANS daerah Telupid, Tongod dan Ranau melafazkan IBR pada majlis itu.
 ??  ?? NORDIN (tengah) diiringi Mohammad (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil agensi penerima anugerah cemerlang.
NORDIN (tengah) diiringi Mohammad (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil agensi penerima anugerah cemerlang.
 ??  ?? Gambar kiri (empat kiri) dan Mohammad (empat kanan) bergambar kenangan bersama penerima anugerah.
Gambar kiri (empat kiri) dan Mohammad (empat kanan) bergambar kenangan bersama penerima anugerah.
 ??  ?? PAMERAN yang diadakan memberikan pelbagai informasi kepada para pegawai dan orang ramai.
PAMERAN yang diadakan memberikan pelbagai informasi kepada para pegawai dan orang ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia