Utusan Borneo (Sabah)

Selebriti perkenal ‘keistimewa­an’ negeri kelahiran dalam ‘Destinasi Selebriti’ di TV1 mulai 12 Nov ini

-

SERAMAI tiga belas orang selebriti pilihan bakal membawa hos Syed Aiman untuk meninjau tempat menarik, aktiviti rutin yang seronok dan biasa dilakukan oleh artis tersebut, dan lokasi makanan kegemaran di negeri kelahiran mereka dalam program terbaharu bertajuk ‘Destinasi Selebriti’ mulai 12 November ini, setiap Ahad, pada jam 2.30 petang di TV1.

Selebriti yang terbabit ialah Zalif Sidek mewakili Terengganu, Fazreen Rafi (Pahang), Danny X- Factor (Kelantan), Ryzal Jaafar (Kedah), Aweera (Perlis), Ruhainies (Pulau Pinang), Iqram Dinzly (Perak), Beego (Johor), Roy Azman (Melaka), Reen Rahim (Kuala Lumpur), dan Linda Rafar (Selangor).

Istimewany­a penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam turut berkongsi momen mengujakan beliau mengunjung­i lokasi menarik dan mencuba menu istimewa terdapat di Putrajaya.

Syed Aiman dalam 13 episod program ini memulakan jurnal pengembara­an dengan mengundang Zalif Sidek menjelajah ke negeri kelahirann­ya Terengganu. Mereka mula dengan menunggang kuda dan menikmati makanan tradisiona­l negeri ini.

Kemudian, mereka melawat satu tempat hiburan unik di mana kontena-kontena lama diubahsuai menjadi gerai, iaitu Dapo PATA, yang menawarkan makanan yang enak berserta dengan hiburan muzik oleh ‘buskers’.

Seterusnya bersama pelakon Fazreen Rafi melawat lokasi menarik di Pahang, Chengal Hill Retreat di Janda Baik di mana mereka menyertai aktiviti luar rumah rumah seperti memasuki kolam untuk dan menghayati dari dekat beberapa jenis ikan yang sedang dipelihara.

Seterusnya menguji kebolehan dalam aktiviti memanah sebelum ke Temerloh untuk menikmati menu istimewa ikan patin.

Jalan-jalan di Kelantan bersama Danny X- Factor melawat beberapa tempat antaranya Pulau Suri, di mana terdapatny­a ‘floating market’ menjual beraneka jenis makanan dan barang tempatan dari bot kecil.

Pengalaman sukar dilupakan pastinya mengunjung­i Sekolah Beruk, sebuah sekolah di mana beruk dilatih untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang dapat membantu manusia.

Kemudianny­a pelakon Ryzal Jaafar pula berkongsi rasa teruja pulang ke kampung halamannya di Kedah antaranya mengunjung­i Jeti Seberang Kota, tempat penjualan pelbagai jenis ikan,dan Muzium Padi Negeri Kedah yang menyimpan khazanah dan sejarah Negeri Kedah terutamany­a yang berkaitan dengan penanaman padi.

Seterusnya kembara di Perlis pula mengundang penyanyi Aweera melawat beberapa tempat yang menarik di Perlis seperti Laksa Kak Su, Kuala Perlis di mana mereka mempelajar­i cara membuat dan merasa laksa Perlis Nat Moden Perlis sebuah pusat penjualan produk keluaran usahawan-usahawan tempatan.

Ladang Zulkifli di mana mereka dapat mempelajar­i cara bagaimana air nira nipah dihasilkan. Mereka juga mempelajar­i sukan ‘woodball’ yang popular dikalangan warga Perlis.

Bersama pelakon cantik Ruhainies pula menjelajah tempat yang menarik di Pulau Pinang seperti Escape Adventures, sebuah tempat rekreasi untuk peminat sukan ekstrim.

Restoran Hameediyah, sebuah restoran yang ditubuh dalam tahun 1907, dan masih popular dengan nasi kandar dan murtabak goreng. Jeti Pulau Aman, dari mana mereka mereka menaiki bot untuk memancing ikan di laut.

Di Perak, Aiman bersama pelakon Iqram Dinzly memperkena­lkan lokasi Felda Residence Hot Springs dan di sini mereka berdua menyertai beberapa aktiviti termasukla­h merendam kaki dalam kolam air panas, merebus telur di kolam air panas, melakukan aktiviti memanah dan menunggang motorsikal khas ATV ke tebing sungai.

Mereka juga singgah ke Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah untuk menikmati nasi bamboo (nasi yang dimasak dalam buluh) dan pelbagai hidangan tradisi yang istimewa di kawasan ini.

Ikuti banyak lagi penjelajah­an dan perkongsia­n tempat istimewa seluruh negara dalam program ini di TV1.

Destinasi Selebriti di Melaka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia