Utusan Borneo (Sabah)

Beyonce sertai barisan pelakon ‘The Lion King’

-

BEYONCE akan menjadi suara rakan zaman kanakkanak Simba yang menjadi kekasihnya Nala dalam pembikinan aksi hidup bagi filem ‘The Lion King’ terbitan Disney.

Megastar pop berusia 36 tahun itu mengesahka­n peranan yang sudah lama berkisar dalam satu paparan Facebook yang menunjukka­n syot kepala bagi barisan suara, yang turut mendedahka­n Keegan-Michael Key (‘Why Him?’, ‘Storks’) akan berlakon sebagai dubuk bernama Kamari.

Di samping Beyonce

– dan kebanyakan­nya sudah diumumkan sebelum ini – adalah Donald Glover sebagai Simba, James Earl Jones yang membawa semula wataknya dalam filem animasi pada 1994 sebagai Mufasa, dan Chiwetel Ejiofor sebagai musuhnya Scar.

Pelawak John Oliver disahkan sebagai Zazu, manakala nama besar lain dalam penerbitan ini – yang dijadual dikeluarka­n pada Julai 2019 – termasuk Seth Rogan dan Billy Eichner.

“Ia adalah impian seorang pengarah untuk mengumpul pasukan berbakat seperti ini untuk menghidupk­an cerita klasik ini,” kata pengarah Jon Favreau, yang mengemudik­an pembikinan semula aksi hidup hit terbitan Disney bagi ‘The Jungle Book’ (2016), dalam satu kenyataan.

Penerbitan ini akan mengguna-pakai pengimejan semula Disney yang amat lumayan sekali bagi filem itu dan beberapa klasik lain dari peti besinya – termasuk ‘Beauty and the Beast’, ‘Maleficent’ dan ‘Cinderella’ – untuk audiens kontempora­ri.

‘The Lion King’ merupakan salah satu filem animasi terbesar sepanjang zaman, dengan pungutan box-office global sepanjang zaman hampir sebanyak AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Ia memenangi anugerah Oscar bagi lagu ‘Can You Feel the Love Tonight’ oleh Elton John dan Tim Rice, dan untuk nota muziknya oleh Hans Zimmer, serta dua Anugerah Grammy, dan runut bunyinya dijual lebih 14 juta keping.

Penerbitan pentas membuat penampilan sulung di Broadway pada 1997 dan seterusnya memenangi enam Anugerah Tony.

Diterjemah­kan ke dalam lapan bahasa, 23 penerbitan pentas global bagi filem itu sudah ditonton oleh lebih 85 juta orang. Kutipan di seluruh dunia bagi jenama itu melebihi kutipan manamana filem, pertunjuka­n Broadway atau tajuk hiburan lain dalam sejarah.

Rakaman awal yang menakjubka­n bagi versi aksi hidup yang dita-yangkan di konvensyen peminat D23 Disney di California Selatan pada Julai lalu memuncak dalam momen ikonik apabila Rafiki memperkena­lkan Simba yang baharu lahir kepada haiwan savana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia