Utusan Borneo (Sabah)

Tiket harga RM10 temui Rajinikant­h & Kamal Hassan

-

DENGAN membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikant­h dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpun­kan artis-artis terkenal dari negara berkenaan. Program dikenali sebagai ‘Natchathir­a Vizha 2018’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents Internatio­nal, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpun­kan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibata­n artis India tempatan.

“Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilka­n persembaha­n nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkak­an lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir memeriahka­n acara tersebut.

Shahul Hameed menjelaska­n acara melibatkan artis India yang terbesar di Asia itu akan mengeratka­n hubungan antara artis dari India dengan artis tempatan serta mewujudkan platform bagi artis negara ini untuk bergerak ke peringkat antarabang­sa dalam bidang hiburan.

Selain barisan pelakon terkenal India seperti Surya, Vishal, Karthi, Sivakarthi­keyan, Vijay Sethupathi, Nayanthara, Tamanna, Mohal Lal, Nagarjuna dan Mammooty, enam pengarah muzik terkenal -- Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandr­an, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee akan turut memeriahka­n majlis tersebut.

Acara mega itu dianjurkan Persatuan Artis India Selatan dengan kerjasama MyEvents Internatio­nal serta mendapat sokongan sepenuhnya oleh Malaysia Major Events, anak syarikat di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia