Utusan Borneo (Sabah)

Ozzy Osbourne umum jelajah ‘terakhir’ pada 2018

-

LEGENDA metal Ozzy Osbourne baru-baru ini mengumumka­n apa yang dia sebut sebagai jelajah terakhirny­a, beberapa bulan selepas kumpulan asalnya Black Sabbath mengumumka­n pembubaran­nya.

Osbourne – yang diminati ramai selama lima dekad dengan pertunjuka­n secara langsung yang sensasi dan selalunya menakutkan

– akan membuka jelajah berkenaan pada 5 Mei tahun depan di Mexico di venue yang akan ditetapkan kemudian.

‘Putera Kegelapan’ itu kemudian akan menjelajah Chile, Argentina dan Brazil sebelum bulan konsert di Eropah yang bermula pada 1 Jun di Moscow.

Penyanyi Inggeris berusia 68 tahun yang menjadi penduduk Los Angeles itu berkata dia akan menutup jelajah itu di Amerika Utara, dengan tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Orang asyik bertanya kepada saya bila saya akan bersara,” Osbourne menyebut dalam satu kenyataan. “Ini adalah jelajah dunia saya yang terakhir, tetapi saya tidak boleh menyatakan saya tidak akan membuat beberapa pertunjuka­n di sana sini.”

Kumpulan jelajahnya akan menandakan kepulangan gitaris utama dari Amerika, Zakk Wylde, yang membantu menentukan bunyi Osbourne yang bertenaga dan bermula pada hujung zaman 1980an.

Osbourne menggantik­an Wylde pada 2009, dengan pelbagai cerita di sebalik perpisahan itu, tetapi barubaru ini membawanya balik semula.

Black Sabbath memainkan peranan penting dan mewujudkan muzik ‘heavy metal’, mengguna-pakai asas muzik ‘blues’ dan pada waktu yang sama membawa masuk gitar herot dan ketaksuban dengan ilmu hitam.

Black Sabbath – bersama Osbourne, pengasas bersama Tony Iommi yang bermain gitar dan penulis lirik utama Geezer Butler yang bermain gitar bass – pada 4 Februari lalu kembali ke bandar asal kumpulan itu di Birmingham untuk apa yang disebut oleh kumpulan rock itu sebagai pertunjuka­n terakhir mereka.

Osbourne, yang dipecat dari Black Sabbath pada 1979 kerana penyalahgu­naan bahan dan masalah lain, menemui kejayaan global dan banyak kontrovers­i sebagai seorang artis solo.

Dia menjadi terkenal selepas dia menggigit kepala seekor kelawar hidup sehingga putus di sebuah konsert pada tahun 1982.

Dua dekad kemudian, generasi baharu menjumpain­ya sebagai seorang watak bapa yang lain daripada kebiasaan apabila program realiti MTV ‘The Osbournes’ memaparkan kehidupan keluargany­a. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia