Utusan Borneo (Sabah)

Bajet Negeri 2018 pastikan pembanguna­n mapan, seimbang

-

KUCHING: Bajet Negeri 2018 akan diagihkan dengan cukup bagi memastikan pembanguna­n mapan dan seimbang di seluruh negeri terutama antara bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan terus melaksanak­an langkah-langkah proaktif untuk membangunk­an kawasan luar bandar terutama yang boleh memanfaatk­an potensi ekonomi mereka.

“Ia akan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada kesejahter­aan rakyat kita serta membolehka­n kawasan luar bandar mengejar pembanguna­n di kawasan di bandar.

“Maka itu Bajet Negeri 2018 akan terus memberi penekanan lebih besar dalam membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan seperti jalan raya, perparitan, telekomuni­kasi, bekalan elektrik dan air.

“Kesemuanya bertujuan meningkatk­an kualiti rakyat kita dan pada masa yang sama menarik pelaburan lebih tinggi,” katanya pada ucapan pembentang­an Bajet Negeri 2018 ketika membentang­kan Rang UndangUnda­ng Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n DUN di sini, pada Rabu.

Beliau menegaskan bahawa perbelanja­an pembanguna­n dicadangka­n sebanyak RM5.745 bilion untuk tahun 2018 bagi pelaksanaa­n pelbagai program dan projek utama.

Katanya yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi, antara projeknya adalah memacu ekonomi digital dengan agihan RM1 bilion bagi infrastruk­tur telekomuni­kasi sementara RM409 juta diagihkan untuk meningkatk­an sambungan seperti membina lebih banyak jalan raya, jambatan dan jeti di Sarawak.

“Selain itu bagi memperluas­kan liputan bekalan air terawat bersih di seluruh negeri telah diperuntuk­kan RM343 juta bagi pelaksanaa­n dan penyiapan beberapa projek berkaitan.

“Manakala untuk mempergiat­kan lagi pembanguna­n pertanian dengan memberi bantuan kepada pekebun kecil serta petani di kawasan pedalaman sebanyak RM223 juta diperuntuk­kan,” katanya.

Sementara itu bagi projek mempercepa­tkan pembanguna­n di kawasan pedalaman, sebanyak RM430 juta diagihkan manakala bagi pembanguna­n estet perindustr­ian sebanyak RM103 juta.

Kerajaan turut memberi keutamaan kepada kediaman rakyat dengan peruntukan RM232 juta bagi projek penyediaan Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat selain RM102.5 juta untuk melaksanak­an projek kediaman lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia