Utusan Borneo (Sabah)

Shareda bantu HWKK

Penuhi keperluan mendesak penghuni hospital

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) sedia hulur bantuan bagi memenuhi keperluan mendesak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas di sini.

Timbalan Presiden Shareda Datuk Chua Soon Ping berkata, bantuan dari segi penyelengg­araan antara keutamaan Shareda.

Menurutnya, walaupun kerajaan mempunyai peruntukan khas untuk hospital berkenaan, namun Shareda turut bersedia menyediaka­n perkhidmat­an tambahan bagi membantu HWKK.

Sebagai satu usaha berterusan, setiap tahun pihaknya akan menyediaka­n bantuan untuk golongan memerlukan selepas penganjura­n program Shareda Nite.

“Tahun ini, kita mengumpul dana bagi menyediaka­n sumbangan sebanyak 10 unit katil lipat kepada HWKK.

“Kita turut menambah bantuan berjumlah RM5,000 bagi membantu hospital mendapatka­n barangan keperluan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan 10 unit katil lipat di HWKK Likas di sini pada Khamis.

Selain itu katanya, masalah parkir di HWKK juga antara isu yang akan diberi perhatian Shareda.

Menerusi Jawatankua­sa Belia Shareda yang diketuai oleh Johannes Lo, Shareda bercadang untuk menambah kawasan parkir di hospital berkenaan.

Johannes berkata, terdapat kawasan tanah seluas satu ekar di belakang HWKK yang boleh dibangunka­n menjadi kawasan parkir.

“Setakat ini, idea berkenaan masih di peringkat cadangan awal dan kita akan berbincang dengan pihak berkaitan.

“Dengan adanya kawasan parkir tambahan ini, ia dapat menangani masalah parkir terutamany­a untuk kakitangan hospital sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah HWKK Dr Tan Bee Hwai berkata, tanah terbabit dimiliki oleh kerajaan negeri dan ada syarikat pemaju yang dilantik untuk menguruska­nnya.

Menurutnya, pemaju turut membenarka­n HWKK menggunaka­n kawasan tanah itu sebagai parkir.

“Tanah di kawasan itu agak lembut dan kurang selamat untuk meletakkan kenderaan pada musim hujan.

“Justeru, idea Shareda untuk membantu menaik taraf kawasan ini menjadi parkir adalah satu cadangan baik yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Selain kawasan parkir Tan berkata, HWKK turut bercadang menambah jumlah televisyen LCD menerusi dana yang disumbangk­an Shareda.

 ??  ?? CHUA (tiga kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Tan (lima kanan) pada majlis penyampaia­n 10 unit katil lipat kepada HWKK Likas.
CHUA (tiga kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Tan (lima kanan) pada majlis penyampaia­n 10 unit katil lipat kepada HWKK Likas.
 ??  ?? PESAKIT dan penjaga dapat menggunaka­n katil lipat yang disumbangk­an Shareda bagi memenuhi keperluan di hospital berkenaan.
PESAKIT dan penjaga dapat menggunaka­n katil lipat yang disumbangk­an Shareda bagi memenuhi keperluan di hospital berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia