Utusan Borneo (Sabah)

300 sertai kursus pendek di Kolej Komuniti Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Seramai 300 orang dari empat daerah di Sabah telah menyertai kursus pendek sempena Karnival Penutupan dan Apresiasi Penbelajar­an Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Negeri Sabah 2017 yang diadakan di Kolej Komuniti Tambunan, di sini.

Kursus yang diadakan selama dua hari telah dirasmikan penutupann­ya oleh Pengarah Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kementeria­n Pengajian Tinggi Haji Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli di dewan serbaguna kolej itu di sini.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar karnival itu menjadi medan promosi dan publisiti Kolej Komuniti Negeri Sabah sebagai salah satu hab pembelajar­an sepanjang hayat bagi program penawaran sijil Kolej Komuniti sepenuh masa kepada belia yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran.

Selain itu katanya, memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk memperting­katkan kemahiran di dalam pelbagai bidang melalui penyertaan kursus pendek.

Wan Izni Rashiddi juga melahirkan penghargaa­n kepada lapan Kolej Komuniti Negeri Sabah yang terlibat dalam penganjura­n bersama karnival itu.

“Kolej-kolej ini adalah Kolej Komuniti Tambunan, Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Sandakan, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Penampang dan Kolej Komuniti Kota Marudu,” katanya.

Sementara itu, para peserta berasal dari daerah ini, Keningau, Ranau dan Kota Kinabalu telah mengikuti 12 kursus pendek ditawarkan pada karnival itu.

Kursus-kursus tersebut adalah Kursus Asas Sound Sistem, Bonsai Bunga Manik, Dekorasi Kek, Pembuatan Fish Ball dan Yong Tau Foo, Autocad, Asas Solekan, Pembuatan Mi dan Mi Sizzling, Bahasa Mandarin I dan II, Masakan Nasi Ayam, Hidroponik (Pish), Asas Anyaman serta Kursus Analisa Kerosakan Enjin.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Tambunan yang juga Pengerusi PSH Kolej Komuniti Negeri Sabah Jominin Goropos.

Karnival itu turut dimeriahka­n dengan pembukaan gerai-gerai keusahawan­an daripada kalangan pelajar Kolej Komuniti serta komuniti setempat daerah ini bagi mempromosi­kan produk dan seterusnya menjana pendapatan sempena penganjura­n karnival itu.

 ??  ?? WAN Izni Rashiddi menyampaik­an Anugerah Petujuk Prestasi Utama (KPI) penyertaan peserta PSH Tertinggi kepada Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu, Rozita Jamil.
WAN Izni Rashiddi menyampaik­an Anugerah Petujuk Prestasi Utama (KPI) penyertaan peserta PSH Tertinggi kepada Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu, Rozita Jamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia