Utusan Borneo (Sabah)

MCMC terima lebih 6,000 aduan salah guna media sosial

-

IPOH: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini.

Ketua Pegawai Keselamata­n Rangkaian dan Penguatkua­saan MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata statistik itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 21 peratus berbanding 4,919 aduan yang diterima SKMM pada tahun lepas.

Katanya aplikasi media sosial yang paling banyak disalahgun­akan oleh pengguna Internet di negara ini adalah Facebook iaitu sebanyak 70 peratus diikuti dengan WhatsApp dan Twitter.

“Dalam konteks Perak, MCMC menerima sejumlah 59 aduan sehingga kini berbanding 49 aduan yang diterima sepanjang tahun lepas dan jumlah itu menunjukka­n penurunan sebanyak 25 peratus,” katanya.

Zulkarnain berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Perundanga­n Mengenai Penyalahgu­naan Media Sosial dan Impak Kepada Negara yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di sini, Khamis.

Zulkarnain berkata MCMC turut menyekat capaian kepada 2,765 laman sesawang sehingga kini yang mengandung­i laman kandungan lucah, laman menjijikka­n, laman bersifat mengancam dan laman palsu kerana melanggar Akta Komunikais­i dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya melakukan sekatan laman sesawang adalah demi kepentinga­n masyarakat di negara ini dan memelihara serta melindungi maruah mereka secara keseluruha­nnya.

Zulkarnain berkata pihaknya menjangkak­an penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Ini kerana tren d peningkata­n penyalahgu­naan perkhidmat­an komunikasi dan media sosial berlaku semasa PRU 2008 dan 2013,” katanya.

Mengenai seminar berkenaan, Zulkarnain berkata Perak merupakan negeri pertama menjadi tuan rumah program itu yang dianjurkan secara bersama antara MCMC dan kerajaan negeri.

Beliau berkata seminar sehari itu bertujuan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya penjawat awam terhadap kepentinga­n penggunaan media sosial secara berhemah selain memberi pemahaman mengenai perundanga­n Internet di negara ini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia