Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 5,000 mahasiswa hadiri program TN50 Pantai Timur

-

KUANTAN: Sekolah satu aliran sebagai alat perpaduan, pendidikan percuma untuk semua pelajar, memberi perhatian kepada masalah kesihatan mental terutama kepada golongan belia, menjadi antara cadangan dan aspirasi yang dilontarka­n mahasiswa pada sesi dialog Tranformas­i Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri kirakira 5,000 mahasiswa dari Pantai Timur.

Dalam sesi dialog yang diadakan hampir tiga jam bersama dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelajar turut melontarka­n cadangan supaya peluang dalam bidang pendidikan diberikan sama rata kepada kepada semua kaum.

Idris berkata kesemua pandangan dan aspirasi pelajar itu akan diambil kira oleh kerajaan dalam membentuk dasar-dasar baharu kerajaan nanti.

“Kita lihat kebanyakan aspirasi yang dilontarka­n oleh mahasiswa, mereka mahu melihat negara kita menjadi negara maju dan bersatu padu selain penekanan tentang soal keadilan antara kaum termasuk dalam bidang pendidikan.

Ini semua akan kita ambil kerana nanti merekalah nanti yang bakal menjadi penghuni negara ini pada 2050,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog berkenaan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini malam ini.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim selain mahasiswa dan kakitangan pengajar insitusi pengajian tinggi dari sekitar Pantai Timur.

Pada program bertemakan Ke Arah Sistem Pendidikan Terbaik Dunia itu lebih 32 aspirasi telah dikemukaka­n mahasiswa serta pemimpin muda untuk memperkasa pembanguna­n negara termasuk dalam bidang pendidikan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia