Utusan Borneo (Sabah)

450 jaguh sah bertarung

Kiulu Adventure Challenge (KAC) 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 450 jaguh lasak telah mengesahka­n penyertaan pada Kiulu Adventure Challenge (KAC) 2017 yang akan berlangsun­g di sekitar Pekan Kiulu, Tamparuli pada 3 Disember.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata, angka penyertaan terus bertambah menghampir­i sasaran 600 peserta pada perlumbaan edisi ke-3 kali ini.

Penyertaan terus dibuka di mana tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 November.

“Pelbagai aktiviti lasak dan menarik diadakan sempena perlumbaan itu termasukla­h acara utama iaitu larian dan berbasikal ke hulu Sungai Kiulu sebelum berpatah balik

“Apa yang menarik dan uniknya acara ini ialah peserta yang menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer (km) serta larian (13km) akan menyusuri Sungai Kiulu, yang terkenal sebagai sungai bersih ini.” dan cantik di negara DATUK JONISTON BANGKUAI Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB)

menggunaka­n rakit.

“Apa yang menarik dan uniknya acara ini ialah peserta yang menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer (km) serta larian (13km) akan menyusuri Sungai Kiulu, yang terkenal sebagai sungai bersih dan cantik di negara ini.

“Peserta berpeluang menikmati keindahan sungai itu dan melalui beberapa kampung di Kiulu antaranya Kampung Ranap, Poturidong, Gamut, Ranau-Ranau dan Nolitang,” jelas beliau semasa sidang media di bangunan STB dekat sini pada Khamis.

Perlumbaan itu membuka penyertaan beberapa kategori termasuk Larian Ria 5KM, Seronok Berakit 15KM, Berlari 12KM, Berbasikal 30KM dan Berpasukan (tiga peserta lelaki dan seorang peserta wanita atau lelaki veteran berusia 45 tahun ke atas).

Dalam pada itu, bersempena program itu turut diadakan Mini Karnival Kiulu di Pekan Kiulu dengan pembabitan penduduk kampung yang akan menjual makanan dan minuman tradisi serta kraftangan.

“Dengan mendapat sokongan dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, STB serta Persatuan Pelanconga­n Kiulu, kami berharap program ini mampu menyokong usaha kerajaan negeri untuk mempromosi­kan pelanconga­n luar bandar di negeri ini.

“Ini sudah tentu juga memberi peluang pada penduduk kampung dan Sabah keseluruha­nnya untuk menjana ekonomi. Kita mahu menjadikan Kiulu sebagai destinasi eko-pelanconga­n yang unggul di negeri ini,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, industri pelanconga­n di Kiulu mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara dengan kira-kira 40,000 pengunjung datang ke daerah itu sejak Januari hingga September tahun ini.

“Jumlah pengunjung yang datang itu menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya 27,000 orang sepanjang tahun 2016,” jelas Joniston.

Hadir sama di sidang media itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Joisin Romut dan presiden Persatuan Pelanconga­n Kiulu, Dr. Edmon Guntis.

 ??  ?? EDMON Guntis (depan lima dari kanan), Joniston dan Joisin bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kiulu Adventure Challenge (KAC) 2017 selepas sidang media di Bangunan STB, Kota Kinabalu pada Khamis.
EDMON Guntis (depan lima dari kanan), Joniston dan Joisin bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kiulu Adventure Challenge (KAC) 2017 selepas sidang media di Bangunan STB, Kota Kinabalu pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia