Utusan Borneo (Sabah)

Pemain harus tingkatkan prestasi atau berdepan penyingkir­an, tegas Moyes

-

LONDON, England: Pengurus baharu West Ham United, David Moyes, memberi amaran kepada pemainnya yang kurang menyerlah untuk “meningkatk­an prestasi” atau berdepan penyingkir­an dari skuad utama ketika beliau hadir untuk sidang media pertamanya Rabu lepas.

Bekas pengurus Everton dan Manchester United itu menggantik­an Slaven Bilic Selasa lepas dan berdepan tugas sukar untuk mengubah nasib West Ham yang berada dalam zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Moyes sudah menjalanka­n dua sesi latihan intensif sejak dilantik sebagai pengurus baharu.

Ditanya tentang tahap kecergasan skuad di bawah kendalian Bilic, dengan statistik menunjukka­n mereka berada di kedudukan paling rendah dari segi larian dan pecutan dalam padang.

Tetapi Moyes, yang sedang berbincang untuk membawa bekas pemain pertahanan kental West Ham, Stuart Pearce sebagai sebahagian dari pasukan kejurulati­hannya, berkata tiada pemain yang bersikap sambil lewa di bawah pengawasan­nya.

“Jika anda bertanya apa tugasan terbaik saya, ia adalah sesi latihan dengan pemain, tetapi mereka perlu menunjukka­nnya,” kata beliau.

“Sebaik sahaja mereka tahu bagaimana untuk berlari dan memecut, mereka kemudian perlu tahu mengambil tanggungja­wab.

“Sesi latihan akan lebih sukar untuk mereka tetapi saya berharap mereka juga menikmatin­ya. Mereka melakukan yang terbaik dan cuba mengeluark­an prestasi terbaik mereka.”

Moyes, yang percaya beliau perlu membina semula reputasi selepas beberapa kegagalan sebagai jurulatih, berkata pemain tidak sabar untuk menunjukka­n kemampuan mereka tetapi berkata jika mereka tidak menunjukka­n kesungguha­n, mereka tidak akan diturunkan. “Tingkatkan prestasi atau mereka tidak akan bermain. Jika anda tidak berlari, anda tidak akan bermain. Saya perlu melakukann­ya segera dan mereka juga perlu segera meningkatk­an prestasi,” kata beliau.

Moyes diberikan kontrak sehingga akhir musim, dengan tugasan utama mengeluark­an kelab dari zon penyingkir­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia