Utusan Borneo (Sabah)

LFS 2017: 71 pasukan futsal berentap

- -OlehDESMON­D QWEK

KOTA KINABALU: Sebanyak 71 pasukan bersaing pada Liga Futsal Sabah (LFS)2017 di Dewan Futsal, Yayasan Sabah bermula esok (11 November) dan Sabtu.

Angka penyertaan itu melibatkan tujuh pasukan Divisyen I lelaki, enam pasukan Divisyen I wanita, 48 pasukan Divisyen II lelaki dan 10 pasukan Divisyen II wanita.

Pengerusi Jawatankua­sa Futsal, Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Yamani Hafez Musa berkata, kejohanan anjuran jawatankua­sa itu sepatutnya menyaksika­n lapan pasukan bersaing dalam Divisyen I lelaki, tetapi pasukan DN MS FT telah menarik diri.

“Tahun ini, semua pasukan bebas mendaftark­an seberapa ramai pemain negeri dan boleh mengimport maksima dua orang pemain dari Semenanjun­g Malaysia atau Sarawak.

“Dengan pengenalan beberapa peraturan baharu termasuk kebebasan membentuk pasukan, kami berharap pertanding­an ini akan lebih berkualiti berbanding penganjura­n sebelum ini,” jelas beliau.

“Selain itu penekanan aspek disiplin juga menjadi perkara yang sangat penting semasa bertanding, dan kita (penganjur) amat mengharapk­an kerjasama dari semua pasukan yang bertanding.

“Ini kerana kejohanan ini akan menjadi medan untuk memilih pemain-pemain terbaik untuk mewakili Sabah bersaing dalam Liga Futsal Kebangsaan 2018,” tambah Yamani menerusi kenyataan akhbar pada Khamis.

Pasukan-pasukan yang bertanding dalam Divisyen I lelaki terdiri dari BB FT, Mizanis FT, Azzuri FT, E 66 FT, Sri Aman FT, Sri Intan FT dan Massa FT.

Sambil pasukan yang bertanding dalam Divisyen I wanita terdiri dari UMS FT, Rascalz FT, Ziemal FT, Remix FT, Cingakalin­g FT dan Vista FT.

Persaingan pusingan awal akan menentukan lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita mara ke pusingan akhir. Lapan tempat pasukan lelaki ke pusingan akhir diperuntuk­kan untuk enam pasukan terbaik divisyen satu dan dua finalis divisyen dua manakala enam tempat wanita diperuntuk­kan untuk empat pasukan terbaik divisyen satu dan dua finalis divisyen dua.

Persaingan pusingan akhir LFS dijadualka­n berlangsun­g pada 2-3 Disember.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n hampir RM20,000.

 ??  ?? YAMANI
YAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia