Utusan Borneo (Sabah)

Separuh Mati Ku Bercinta dinobat Lagu Terbaik SFMM32 minggu kedua

Masih belum terjamin ke pentas AJL32

-

DIKENALI dengan vokal yang mempersona, Dayang Nurfaizah mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai salah seorang pesaing utama Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu nyanyian beliau iaitu ‘Separuh Mati Ku Bercinta’ mengunggul­i minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) pada malam Ahad lepas.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih sebagai lagu terbaik pada malam itu oleh juri profesiona­l iaitu AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas AJL 32 kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November ini. Pentas separuh akhir pada malam itu

turut dimeriahka­n dengan persembaha­n pembukaan oleh Ajak dan Shuk (mashup lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’, ‘Terukir Di Bintang’,

‘Ku Kunci Cintaku

Dalam

Hatimu’, ‘Karma’ & ‘Awan Nano’). Selain itu, turut membuat persembaha­n adalah Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (‘Aku Negaraku’), Ezlynn dan Siti Sarah (‘Hai Hai Bye Bye’ & ‘Jangan Kau Mimpi’).

Jangan lupa untuk saksikan persembaha­n 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu ketiga untuk mengetahui 12 lagu yang bakal berentap di pentas AJL 32 yang bakal berlangsun­g Februari tahun hadapan. SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www. tonton.com. my) dan juga youtube @ TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AIZAT AMDAN (Jangan Menangis)
AIZAT AMDAN (Jangan Menangis)
 ??  ?? SUFIAN SUHAIMI (Harus Aku)
SUFIAN SUHAIMI (Harus Aku)
 ??  ?? FLOOR 88 (Zalikha)
FLOOR 88 (Zalikha)
 ??  ??
 ??  ?? HAIZA & Drama Band (Jangan Pernah Berdusta).
HAIZA & Drama Band (Jangan Pernah Berdusta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia