Utusan Borneo (Sabah)

Jalinan dua wilayah berjiran

Cabaran lonjak potensi ‘pintu keluar-masuk utama pelancong’

- Oleh AMIR ANUAR

Swilayah berjiran di sempadan Malaysia-Indonesia, sememangny­a keakraban Tawau dan Tarakan sudah lama terjalin, malah tidak terhad sekadar hubungan faktor geografi sematamata.

Kedua-duanya terletak di Kepulauan Borneo dengan Tawau berada di Pantai Timur Sabah, Malaysia, manakala Tarakan pula di Kalimantan Utara (Kaltara), Republik Indonesia.

Persamaan agama, bangsa, budaya, bahasa pertuturan, warna kulit dan rupa paras warganya juga menggambar­kan betapa rapat ikatan persaudara­an wilayah serumpun ini.

Begitu juga, jalinan ekonomi serta hubungan kerjasama mencakupi pelbagai bidang melibatkan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta di kedua-dua wilayah.

Susulan itu, usaha digerakkan untuk merancakka­n lagi hubungan baik kedua-dua wilayah berjiran ini dalam sektor pelanconga­n, potensi ekonomi yang belum diteroka sepenuhnya.

Industri pelanconga­n disifatkan mampu melonjakka­n lagi reputasi kedua-dua wilayah terbabit untuk muncul sebagai pintu keluar-masuk strategik antara Malaysia-Indonesia.

Pada 2 hingga 6 November lepas, Utusan

Borneo memenuhi jemputan selama lima hari untuk menyertai rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media dari Tawau ke Tarakan.

Program dianjurkan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau dengan kerjasama Kementeria­n Pariwisata (Pelanconga­n) Indonesia, Pemerintah Kota Tarakan dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Jika Tawau dikenali sebagai pusat transit untuk pelancong luar negara yang hendak berkunjung ke Pulau Sipadan di Semporna, tetapi bagaimana pula dengan Tarakan?

Tarakan sebenarnya turut menjadi transit kepada pelancong luar negara yang hendak berkunjung ke pulaupulau indah di Kabupaten Berau, Kalimantan Timur (Kaltim).

Misalnya, menerusi perjalanan tiga jam melalui bot laju untuk ke Pulau Derawan atau pulau-pulau di sekitarnya yang lain seperti Sangalaki, Kakaban dan Maratua.

Menariknya, pemerintah Tarakan turut tidak ketinggala­n membangunk­an pusat-pusat tarikan pelanconga­n di kota itu sebagai alternatif kepada pelancong sebelum ke Berau.

Antara yang menarik, Hutan Lindung Bakau dan Bekatan Tarakan yang menempatka­n 43 ekor monyet belanda atau dikenali sebagai bekatan oleh orang Indonesia.

Menurut Walikota Tarakan Ir. Sofian Raga, usaha menambah pusat tarikan pelanconga­n di kota itu juga dilakukan untuk mempopular­kan Tarakan sebagai pusat pelanconga­n.

Lebih-lebih lagi, terdapat pemain industri pelanconga­n yang akan membawa kumpulan besar pelancong dari China dan Hong Kong ke Kepulauan Derawan melalui Tarakan.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan pemain industri di Sabah khususnya Tawau yang berminat untuk memperkena­lkan pakej ke Kepulauan Derawan termasuk Tarakan sendiri.

“Kita di Tarakan juga akan mengadakan Iraw Tengkayu pada 15 Disember ini yang diiktiraf sebagai Pesta Iraw terbaik di Indonesia oleh Kementeria­n Pariwisata Indonesia.

“Pada 6 hingga 8 Disember, pertanding­an alat kawalan jauh bot laju melibatkan penyertaan sembilan negara juga akan diadakan di Tarakan,” katanya.

Sofian juga berkata perancanga­n pihaknya untuk membina monumen Perang Dunia Ke-II di Pantai Amal, serta sudah membangunk­an dua muzium termasuk sejarah perang.

Presiden MPT Alijus Sipil menyatakan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk merancakka­n lagi pembanguna­n positif industri pelanconga­n di Tawau dan Tarakan.

“Kita akan membincang­kan perkara ini secara lebih terperinci di dalam Forum SosialEkon­omi Malaysia Indonesia (Sosek Malindo) untuk manfaat wilayah perbatasan.

“Kita juga akan mencadangk­an supaya satu jawatankua­sa khas dibentuk di bawah Sosek Malindo untuk menerajui usaha mencari mekanisme yang paling berkesan,” katanya.

Salah seorang peserta rombongan, Pengarah Eksekutif Dynamic Tours Travel & Incentive Sdn. Bhd. Mohd Azlan Salleh berterima kasih dengan sambutan diterima.

“Kita dijemput untuk menyaksika­n sendiri keindahan pulau-pulau di sini (Kaltim), dan kita akui potensi pelanconga­n di sini memang luar biasa dan amat menarik.

“Selama ini kita tidak didedahkan dengan keistimewa­an di Kepulauan Derawan tetapi dengan adanya farmtrip ini, kita optimis banyak manfaat yang boleh diperolehi.

“Kita juga merancang untuk memperkena­lkan pakej baharu TawauTarak­an-Derawan, dan maklumbala­s pemainpema­in industri diterima setakat ini cukup positif,” katanya.

Bercakap mengenai hal berkaitan, Konsul Muda Senior Pelaksana Fungsi Ekonomi KRI Tawau Nindarsari Utomo menyifatka­n rombongan itu sebagai berhasil mencapai misinya.

“Kita gembira kerana semua pihak terlibat (di kedua-dua wilayah) sudah saling bertemu dan akan mengadakan pertemuan lanjut untuk merealisas­ikan harapan yang ada.

“Kita juga akan membawa isu-isu yang dibangkitk­an untuk dibincangk­an dalam forum-forum melibatkan kedua-dua negara termasuk Sosek Malindo,” katanya.

Nindarsari turut menghargai peranan media yang menyertai rombongan terbabit dan menyifatka­n media berperanan penting menghebahk­an maklumat kepada orang ramai.

Untuk rekod, seramai 13 wakil dari pemain industri pelanconga­n dan media arus perdana menyertai rombongan ini termasuk

Utusan Borneo sebagai wakil tunggal akhbar tempatan di Sabah.

Sememangny­a, peluang untuk ‘situasi menang-menang’ antara Tawau-Tarakan dengan kebangkita­n industri pelanconga­n di Kaltara dan Kaltim boleh dijayakan dengan syarat, wujudnya komitmen dan kesepakata­n mencari ‘titik tengah’ demi manfaat bersama.

 ??  ?? ALIJUS
ALIJUS
 ??  ?? AZLAN
AZLAN
 ??  ?? SOFIAN
SOFIAN
 ??  ?? PARA rombongan turut menghadiri Maratua Jazz & Dive Fiesta, acara tarikan pelanconga­n di Pulau Maratua.
PARA rombongan turut menghadiri Maratua Jazz & Dive Fiesta, acara tarikan pelanconga­n di Pulau Maratua.
 ??  ?? PERBINCANG­AN antara rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media dengan Ir. Sofian di Bangunan Walikota Tarakan.
PERBINCANG­AN antara rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media dengan Ir. Sofian di Bangunan Walikota Tarakan.
 ??  ?? PARA peserta rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media merakamkan gambar bersama Sofian.
PARA peserta rombongan Farmtrip Tour Operator dan Media merakamkan gambar bersama Sofian.
 ??  ?? NINDARSARI sifatkan peranan media penting untuk mewar-warkan misi Farmtrip Tour Operator dan Media dari Tawau ke Tarakan.
NINDARSARI sifatkan peranan media penting untuk mewar-warkan misi Farmtrip Tour Operator dan Media dari Tawau ke Tarakan.
 ??  ?? SOFIAN menerima cenderamat­a daripada MPT yang disampaika­n oleh Ahmad Raffiee Salimat, salah seorang kakitangan MPT yang mewakili Alijus.
SOFIAN menerima cenderamat­a daripada MPT yang disampaika­n oleh Ahmad Raffiee Salimat, salah seorang kakitangan MPT yang mewakili Alijus.
 ??  ?? ROMBONGAN turut dibawa ke Hutan Lindung Bakau dan Bekatan Tarakan yang menempatka­n 43 ekor monyet belanda.
ROMBONGAN turut dibawa ke Hutan Lindung Bakau dan Bekatan Tarakan yang menempatka­n 43 ekor monyet belanda.
 ??  ?? KETIBAAN rombongan diraikan di salah sebuah hotel ternama di Kota Tarakan.
KETIBAAN rombongan diraikan di salah sebuah hotel ternama di Kota Tarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia