Utusan Borneo (Sabah)

‘Mangsa’ dalang sebenar grafiti rasis di akademi Tentera Udara AS

-

Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) kelmarin berkata grafiti rasis, yang mendorong penguasa akademi tersebut untuk memberitah­u fanatik untuk “keluar” dalam satu ucapan yang diedarkan dengan meluas, adalah satu penipuan yang dilakukan oleh seorang mangsa.

“Kami dapat mengesahka­n salah seorang calon kadet yang didakwa menjadi sasaran kenyataan rasis, yang ditulis di luar bilik asrama mereka, sebenarnya bertanggun­gjawab bagi perbuatan itu,” kata jurucakap akademi Leftenan Kolonel Allen Herritage.

Pemuda itu “mengakui bertanggun­gjawab dan ini telah disahkan oleh siasatan”, ujar Herritage.

Lima pelajar AfrikaAmer­ika di Sekolah Persediaan akademi itu melaporkan komen rasis pada papan mesej asrama pada September lalu.

Ketua akademi Leftenan Jeneral Jay Silveria berucap kepada kadet, fakulti dan kakitangan ekoran insiden itu dalam satu ucapan bertenaga yang menjadi tular.

“Kelakuan sedemikian tidak ada tempat di Sekolah Persediaan, tidak ada tempat di USAFA dan ia tidak ada tempat dalam Tentera Udara AS,” kata Silveria.

“Jika anda tidak dapat melayan seseorang dari jantina lain, sama ada ia adalah lelaki mahupun perempuan, dengan bermaruah dan hormat, maka anda perlu keluar,” katanya.

“Jika anda tidak dapat melayan seseorang dari kaum lain atau warna kulit lain dengan bermaruah dan hormat, maka anda perlu keluar.”

“Individu yang didapati bertanggun­gjawab tidak lagi berada di Sekolah Persediaan,” Herritage mengesahka­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia