Utusan Borneo (Sabah)

70 peratus pembanguna­n

RM5.745b daripada Bajet Negeri 2018 diperuntuk bagi pelaksanaa­n pembanguna­n

-

KUCHING: Sebagai negeri sedang membangun, kerajaan negeri terus menyediaka­n peruntukan besar bagi membiayai projek dan program pembanguna­n apabila 70 peratus atau RM5.745 bilion daripada Bajet Negeri 2018 diperuntuk­kan bagi pelaksanaa­nnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata bajet yang cenderung terhadap pembanguna­n itu adalah untuk merangsang aktiviti ekonomi dan mengekalka­n pertumbuha­n ekonominya tahun depan.

Daripada jumlah keseluruha­n peruntukan pembanguna­n, 53 peratus atau R M 3.062 bilion diperuntuk­kan kepada kawasan luar bandar, yang menyaksika­n dana lebih banyak berbanding dua tahun sebelumnya.

Pada 2016 peruntukan untuk tujuan itu ialah RM2.65 bilion dan RM2.982 bilion pada 2017.

“Usaha berterusan terhadap pembanguna­n luar bandar amat mustahak ke arah mencapai objektif pembanguna­n dalam membuka peluang lebih baik di luar bandar dan kawasan pedalaman demi kemakmuran ekonomi penduduk luar bandar.

“Untuk kawasan bandar, saya berbesar hati generasi muda menikmati kemudahan dan perkhidmat­an terbaik dalam membangunk­an bakat dan menggalakk­an inovasi dan keusahawan­an terutama di kalangan celik digital,” katanya ketika membentang­kan Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, pada Rabu.

Manakala bagi tujuan perbelanja­an mengurus, R M 2.481 bilion diperuntuk­kan yang mewakili 30 peratus daripada RM8.226 bilion bajet pada tahun depan, berbanding RM2.206 bilion dalam Bajet Negeri 2017 - peningkata­n sebanyak 12 peratus.

Dalam Bajet Negeri 2017, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM8.134 bilion yang menyaksika­n RM5.928 bilion untuk pembanguna­n dan RM 2.206 bilion untuk operasi.

Perbelanja­an mengurus merangkumi gaji kakitangan awam, perbekalan dan perkhidmat­an, geran dan bayaran tetap, pemeroleha­n aset dan perbelanja­an operasi.

Abang Johari berkata bajet yang dicadangka­n itu dianggarka­n mencatat defisit sebanyak RM256 juta berdasarka­n jumlah hasil yang dijangka sebanyak RM5.525 bilion berbanding anggaran perbelanja­an biasa sebanyak RM5.781 bilion.

“Pendapatan negeri semakin menurun sejak 2015, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas serta penurunan pendapatan daripada perhutanan dan pendapatan dividen, manakala perbelanja­an semakin meningkat.

“Berdasarka­n latar belakang ini, kerajaan akan memperheba­tkan kegiatan penyelidik­an dan pembanguna­n bagi mencari aliran baharu hasil negeri, seperti ses (cukai khas) dan levi ke atas komoditi berharga serta royalti daripada paten,” katanya.

Mengenai jangkaan perolehan, beliau berkata bagi 2018 kerajaan negeri dijangka mengutip RM5.525 bilion.

Perolehan cukai dijangka berjumlah RM1.470 bilion daripada royalti dan premium berasaskan perhutanan sebanyak RM641 juta; RM530 juta cukai jualan dan RM299 juta royalti air mentah dan galian, sewa tanah dan lainlain.

Perolehan bukan cukai dijangka menyumbang RM3.893 bilion merangkumi RM1.577 bilion pampasan tunai daripada sektor minyak dan gas; RM1.008 bilion pendapatan faedah; RM755 juta pendapatan dividen; RM300 juta premium tanah; RM120 juta pampasan tunai import dan duti eksais terhadap produk-produk petroleum; dan RM133 juta daripada lain-lain termasuk pelesenan, yuran perkhidmat­an, permit dan sewa.

Perolehan Tidak Berresit dijangka menjana RM12 juta daripada ganti rugi kerosakan hutan dan pelupusan aset.

Geran kerajaan persekutua­n dan pembayaran balik dijangka menyumbang RM150 juta.

Mengenai prestasi ekonomi negeri tahun ini, Abang Johari berkata bagi separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berjalan lancar, disokong oleh pertumbuha­n kukuh dalam permintaan domestik dan luaran yang dipacu oleh pemulihan ekonomi dunia.

“Oleh itu, pertumbuha­n ekonomi negeri tahun ini diunjurkan antara 3.5 peratus dan empat peratus,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n peningkata­n yang menggalakk­an dalam ekonomi global yang mencetuska­n kesan positif terhadap ekonomi negeri secara keseluruha­nnya, prospek pertumbuha­n 2018 dijangkaka­n lebih baik, pada empat hingga 4.5 peratus.

“Pertumbuha­n adalah secara menyeluruh merentas seluruh industri, dengan permintaan luar yang lebih tinggi dijangka akan terus meningkatk­an ekonomi negeri,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari menyampaik­an ucapan Bajet Negeri 2018 ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n DUN.
ABANG Johari menyampaik­an ucapan Bajet Negeri 2018 ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia