Utusan Borneo (Sabah)

S’wak memerlukan akses internet yang pantas

-

KUCHING: Sarawak memerlukan akses internet yang pantas, dengan sekurang-kurangnya 100 hingga 150 Mbps bagi merealisas­ikan perkembang­an ekonomi digital di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkil i l i Dr J oh ni c al Rayon g Ngipa berkata ia memandangk­an pada masa ini, liputan internet di Sarawak sangat perlahan.

Justeru, beliau menegaskan bahawa untuk membolehka­n ekonomi digital dilaksana di kawasan luar bandar, infrastruk­tur liputan Intemet mesti ada di sana dan kerajaan perlu menaik tarafnya untuk mendapatka­n kelajuan diingini.

“Walaupun kita sudah ada akses Internet tetapi tidak mempunyai infratrukt­ur sambungan yang baik.

“Sebagai contoh, di kebanyakan kawasan luar bandar, kita tidak boleh mendapat liputan yang baik dan ini tidak masuk akal dengan cara hidup moden sekarang yang lebih menjurus kepada penggunaan Internet,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaska­n Rang UndangUnda­ng Lembaga Multimedia Sarawak 2017 yang dibentangk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Rayong turut menyifatka­n Rang UndangUnda­ng Lembaga Multimedia Sarawak 2017 adalah bertepatan pada masa di mana Sarawak yang bergerak ke arah ekonomi digital amat memerlukan­nya untuk mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia termasuk perkara yang berkaitan.

Beliau turut menyokong bahagian di dalam rang undang-undang itu yang memberi kuasa kepada menteri dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk berurusan dengan pesalah dan penalti.

Dengan itu, katanya tindakan boleh diambil ke atas mereka yang menyebarka­n pembohonga­n dan propaganda palsu.

“Bagaimanap­un, rang undangunda­ng ini akan melibatkan tambahan perbelanja­an kerajaan negeri namun ia akan memberikan kita kuasa untuk mengawal selia sendiri,” katanya.

 ??  ?? DR Rayong semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017.
DR Rayong semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia