Utusan Borneo (Sabah)

The Azzurri berdepan kemungkina­n malapetaka

-

PARIS, Perancis: Pusingan terakhir kelayakan ke Piala Dunia 2018 akan memberikan peluang untuk beberapa negara mengintai impian beraksi di Piala Dunia tetapi kuasa bola sepak Eropah dan dunia, Itali, berdepan dengan kemungkina­n malapetaka.

Sembilan slot terakhir ke Rusia akan diketahui dalam tempoh tujuh hari bermula semalam.

Ada empat slot terakhir untuk Zon Eropah, di mana lapan pasukan naib juara terbaik kumpulan bermain memburu empat tempat terakhir pada perlawanan playoff timbal-balik.

Tiga slot terakhir untuk Zon Eropah akan diketuai pada pusingan terakhir kelayakan, walaupun Senegal dan Afrika Selatan perlu bermain perlawanan tambahan pada hari Jumaat.

Ada juga perlawanan melibatkan perjalanan yang jauh di mana New Zealand menentang Peru dan Australia menentang Honduras untuk memburu kelayakan ke Rusia.

Di Eropah, Itali, Greece, Switzerlan­d dan Republik Ireland diletakkan sebagai pilihan dan akan bermain perlawanan kedua di tempat sendiri.

Bagi kapten Itali yang juga penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, tiada sebarang kelebihan apabila menentang Sweden. Itali diundi bersama-sama dengan Sepanyol dan Macedonia dalam kumpulan kelayakan.

Perlawanan playoff meletakkan rekod membanggak­an Itali di Piala Dunia dalam bahaya. Itali berkongsi dengan Jerman sebagai pasukan dari Eropah yang paling kerap beraksi di Eropah, 18 kali tetapi Jerman sudah mengesahka­n penyertaan kali ke-19.

Itali juga salah satu dari lapan bekas juara dunia yang belum mengesahka­n tempat ke Rusia.

Pertahanan Itali berwaspada dengan Sweden, yang menjaringk­an gol terbanyak dalam kempen kelayakan dengan 26 gol dari 10 perlawanan.

Switzerlan­d menjaringk­an 27 gol dalam 10 perlawanan, lebih banyak dari lima negara lain yang memenangi kumpulan kelayakan untuk ke Rusia. Namun mereka tetap berada di tangga kedua, di belakang Portugal, yang menang dengan kelebihan gol.

“Mereka sememangny­a pasukan pilihan, jadi tekanan kini lebih kepada mereka berbanding kami,” kata penyerang Ireland Utara, Jamie Ward. “Kami sentiasa bermain dengan baik sebagai pasukan bukan pilihan, jadi saya fikir ia satu bonus untuk tidak diletakkan sebagai pilihan.”

Perlawanan di antara Greece dan Croatia mempertemu­kan dua negara yang pakar di peringkat playoff. Jika Greece menang, mereka akan menjadi pasukan Eropah pertama yang menang tiga perlawanan playoff berturut-turut ke Piala Dunia. Croatia sudah menang kesemua empat perlawanan playoff untuk kejohanan besar.

Croatia memiliki barisan bintang terkenal seperti Luka Modric, Ivan Rakitic, Mario Mandzukic dan Ivan Perisic, tetapi Greece diletakkan sebagai pasukan pilihan dan beraksi di tempat sendiri pada perlawanan kedua dilihat lebih penting selepas kedua-dua negara bersetuju untuk tidak membawa penyokong mereka ke tempat lawan.

Republik Ireland, yang menentang Denmark, mencipta rekod

paling playoff dengan tahun ini adalah kali kelapan, satu rekod di Eropah. Mereka menang tiga dan tewas empat, termasuk tewas dengan gol kontrovers­i kepada Perancis pada 2009.

Dalam Zon Afrika, Nigeria dan Mesir sudah mengesahka­n tempat ke Rusia tetapi tiga dari lima juara kumpulan masih belum diketahui.

Dalam Kumpulan A, Tunisia dijangka akan mengesahka­n tempat selepas mendahului Kongo dengan tiga mata dari akan menentang pasukan tercorot, Libya di tempat sendiri.

Tunisia boleh layak jika mereka tewas dengan syarat Kongo menewaskan Guinea di Kinshasa.

Kumpulan C kelihatan seimbang. Maghribi ke Abidjan menentang Ivory Coast, dengan Maghribi memiliki kelebihan satu mata di tangga teratas dan hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahka­n tempat ke Rusia.

Dalam Kumpulan D, Senegal mendahului kedudukan dengan kelebihan dua mata dan akan menentang Afrika Selatan pada dua perlawanan timbal-balik dan perlu mengelak kekalahan pada dua perlawanan tersebut.

Dua lagi slot terakhir kelayakan akan menyaksika­n empat pasukan mengharung­i perjalanan jauh 14,000 kilometer di mana Australia bertandang ke Honduras sementara New Zealand akan menanti kunjungan Peru di Wellington pada perlawanan pertama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia