Utusan Borneo (Sabah)

Sukan PSKPPS : Barat juara bola tampar

Kejohanan bola tampar PSKPPS 2017 Peringkat Negeri Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

SIPITANG: Pasukan Bahagian Barat mengunggul­i Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Karnival Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) Kali Ke47, 2017 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Pasukan lelaki menyaksika­n Bahagian Barat menewaskan Bahagian Tenggara pada perlawanan akhir yang hebat dan menarik, manakala pasukan Bahagian Utara dan Bahagian Sandakan masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Barat mara ke final selepas menundukka­n Utara, manakala Tenggara menyingkir­kan Sandakan pada perlawanan separuh akhir.

Pasukan Barat melengkapk­an kejuaraan berganda selepas pasukan wanitanya turut menjuarai kejohanan itu dengan mengalahka­n pasukan Pedalaman pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dan keempat kategori wanita dimenangi pasukan Sandakan yang menewaskan Utara pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Pada peringkat separuh akhir wanita, Barat menyingkir­kan Utara, manakala Pedalaman mengenepik­an cabaran pasukan Sandakan.

Kejohanan enam hari (30 Oktober hingga 4 November) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) itu dikelolaka­n oleh Bahagian Selatan dan dihoskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort, manakala acara bola tampar dikelolaka­n oleh PPD Sipitang.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sipitang, Haji Adnan Osman berkata, sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasukla­h pasukan Ibu Pejabat JPN Sabah dan juga Bahagian Selatan selaku tuan rumah dan pengelola Karnival PSKPPS 2017.

Katanya, secara keseluruha­nnya PSKPPS 2017 membabitka­n penyertaan lebih 4,000 warga pendidikan yang bertanding dalam 26 acara termasuk satu acara kebudayaan.

Beliau berkata, selain menggerakk­an budaya bersukan serta ‘mempamerka­n keunggulan’ dalam kalangan warga JPN Sabah, kejohanan itu bertujuan memantapka­n lagi perpaduan yang sedia terjalin, di samping memilih wakil Sabah ke kejohanan peringkat kebangsaan (PSKPP Malaysia) yang akan berlangsun­g di Negeri Sembilan pada 16 – 21 Disember.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang Abd Razak Abd Karim dan juga Pegawai Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah, Abdul Rahman Wahab.

 ??  ?? PASUKAN Barat menjuarai bola tampar lelaki PSKPPS 2017 di Sipitang.
PASUKAN Barat menjuarai bola tampar lelaki PSKPPS 2017 di Sipitang.
 ??  ?? BARAT turut unggul menjuarai kategori wanita PSKPPS menewaskan Pedalaman.
BARAT turut unggul menjuarai kategori wanita PSKPPS menewaskan Pedalaman.
 ??  ?? PASUKAN Pedalaman naib johan bola tampar wanita PSKPPS 2017.
PASUKAN Pedalaman naib johan bola tampar wanita PSKPPS 2017.
 ??  ?? TENGGARA meraih naib johan bola tampar lelaki PSKPPS 2017.
TENGGARA meraih naib johan bola tampar lelaki PSKPPS 2017.
 ??  ?? BARISAN pengadil bertauliah dalam kalangan guru-guru yang mengendali­kan pengadilan sepanjang kejohanan itu.
BARISAN pengadil bertauliah dalam kalangan guru-guru yang mengendali­kan pengadilan sepanjang kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia