Utusan Borneo (Sabah)

MSS: SK Lohan muncul juara keseluruha­n

Kutip 5 emas, 5 perak, 5 gangsa pada Kejohanan MSS Zon Utara 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: MSS Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Tahunan Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSS) peringkat Zon Utara 2017, acara padang dan balapan di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini.

MSS SK Lohan mengutip 5 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa meletakkan MSS SK Kirokot naib johan selepas meraih 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa dan MSS SK Perancanga­n tempat ketiga dengan 3 emas, 3 perak dan 1 gangsa mengetepik­an enam sekolah lain mengambil bahagian.

Enam sekolah berkenaan iaitu SK Bongkud (2 emas, 3 perak), SK Poring (1 emas, 1 gangsa), SK Narawang (1 emas), SK Napong (2 perak, 3 gangsa), SK Langsat (1 perak, 3 gangsa) dan SK Sagiban dengan 1 pingat gangsa.

Kejohanan dua hari (78 November) itu turut menyaksika­n keunggulan Kontinjen SK Sagiban untuk muncul juara pertanding­an Perbarisan Lintas Hormat diikuti Kontinjen SK Napong (naib johan) dan Kontinjen SK Poring menduduki tempat ketiga.

Dalam pada itu Rikky Jainis dari SK Perancanga­n dan Melly Stacy Raji dari SK Kirokot masingmasi­ng dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti sempena kejohanan kali ke-44 itu.

Kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.29 Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Turut hadir guru-guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, Penyelia Pendidikan Daerah Linus Madais mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Ranau dan ratusan ibu bapa serta murid sekolahsek­olah di Zon Utara.

Joachim dalam ucapan perasmian memuji jawatankua­sa penganjur kerana berjaya mengendali­kan kejohanan dengan lancar, teratur dan meriah.

Katanya, kejohanan sumpama ini merupakan landasan utama bukan sahaja mengasah dan mencungkil bakat serta potensi muridmurid dalam bidang sukan malah berupaya memupuk perpaduan dan permuafaka­tan di kalangan guru-guru, ibu bapa serta murid-murid.

“Kejohanan seperti ini juga antara ruang dan peluang menerapkan nilainilai murni serta semangat persaingan sukan secara sihat di kalangan peserta sekaligus memupuk jasmani, emosi, rohani, intelek (Jeri) dan sosial positif di kalangan murid mengambil bahagian,” jelasnya.

Menurutnya, dalam sesuatu kejohanan memang ada yang menang dan ada yang kalah, namun itu perkara kedua, yang penting peserta sudah berjaya mewakili sekolah masing-masing ke peringkat zon atau seterusnya ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa suatu hari kelak.

Terdahulu Guru Besar SK Kirokot Michael Bahinding selaku Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur dalam ucapannya berterima kasih kepada Joachim kerana sudi hadir merasmikan kejohanan tersebut.

Katanya, kejohanan itu merupakan medan pemilihan atlet berpotensi yang boleh diketengah­kan bagi mewakili MSS Zon Utara ke kejohanan MSS Daerah Ranau yang dijangka diadakan di tempat yang sama awal tahun depan.

Beliau mengharapk­an MSS Zon Utara mengekalka­n kejuaraan enam tahun berturut-turut menyandang gelaran juara Kejohanan MSSD Ranau.

Michael merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada guru-guru sekolah Zon Utara kerana berjaya melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masing-masing mempastika­n kelancaran kejohan tahun ini.

 ??  ?? MSS SK Lohan merakam gambar bersama guru selepas kejohanan.
MSS SK Lohan merakam gambar bersama guru selepas kejohanan.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­N dan Olahragawa­ti bergambar bersama Linus selepas penyampaia­n hadiah.
OLAHRAGAWA­N dan Olahragawa­ti bergambar bersama Linus selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? KONTINJEN SK Poring bergambar ramai bersama guru mereka.
KONTINJEN SK Poring bergambar ramai bersama guru mereka.
 ??  ?? JOACHIM diiringi guru-guru diperkenal­kan kepada ahli Kontinjen SK Sagiban johan perbarisan lintas hormat.
JOACHIM diiringi guru-guru diperkenal­kan kepada ahli Kontinjen SK Sagiban johan perbarisan lintas hormat.
 ??  ?? TIGA pemenang kejohanan bergambar kenangan bersama Guru Besar SK Napong Jamiridin yang menyampaik­an hadiah.
TIGA pemenang kejohanan bergambar kenangan bersama Guru Besar SK Napong Jamiridin yang menyampaik­an hadiah.
 ??  ?? JOACHIM menyalakan api obor sebagai gimik perasmian kejohanan.
JOACHIM menyalakan api obor sebagai gimik perasmian kejohanan.
 ??  ?? JOACHIM menyampaik­an piala kepada wakil SK Lohan yang menjuarai kejohanan.
JOACHIM menyampaik­an piala kepada wakil SK Lohan yang menjuarai kejohanan.
 ??  ?? MICHAEL (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pengadil Pertanding­an Perbarisan Lintas Hormat.
MICHAEL (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pengadil Pertanding­an Perbarisan Lintas Hormat.
 ??  ?? ANTARA kontinjen sekolah-sekolah Zon Utara yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ke-44 itu.
ANTARA kontinjen sekolah-sekolah Zon Utara yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ke-44 itu.
 ??  ?? KONTINJEN perbarisan lintas hormat SK Langsat sempat merakam gambar kenangan.
KONTINJEN perbarisan lintas hormat SK Langsat sempat merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia