Utusan Borneo (Sabah)

Dj. Shaff bijak dekati pendengar

Peserta akhir Bintang Sandakan FM semakin selesa kerjaya penyampai radio

- Oleh YUSOP TEPPO

SIAPA sangka suara peserta akhir Bintang Sandakan FM 2014, Muhammad Shafizan Latip kini berkumanda­ng di udara menerusi saluran radio Sandakan FM.

Suatu ketika dulu, beliau sering menyertai pertanding­an nyanyian dan menjadi artis jemputan majlis-majlis rasmi atau persendiri­an. Kini beliau bertugas di konti RTM menerusi saluran radio Sandakan FM yang ke udara bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

Lebih dikenali sebagai Dj Shaff atau Fieyz Shafizan tidak menduga untuk bergelar seorang penyampai radio pada hari ini. Selain menjadi penyampai radio, Dj. Shaff juga sering mengendali­kan programpro­gram hiburan selaku pengacara majlis sama ada program Sandakan FM atau acara-acara rasmi anjuran agensi kerajaan.

Jejaka berusia 24 tahun itu pernah menyertai Bintang Sandakanfm 2014 dan menjadi salah seorang finalis sebelum menjadi penyampai radio pada tahun 2015.

“Ayah saya merupakan inspirasi untuk saya berkarya yang mana pernah menjadi juara menerusi Bintang Karaoke RTM pada tahun 2000,” katanya.

Beliau mula menyedari bakat menyanyi selepas menduduki Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM). Ketika masih seorang pelajar, beliau tidak menetap bersama keluarga dan mula belajar hidup berdikari di Kota Kinabalu selama dua tahun.

“Saya bukan sekadar suka menyanyi, tapi juga meminati bidang penyampaia­n radio selepas menyertai Bintang Sandakanfm 2014,” jelasnya ketika ditemubual Utusan Borneo.

Dj. Shaff tidak pernah terfikir untuk menjadi penyampai radio sebab itu bukan bidang yang menjadi fokus, sebaliknya bidang seni suara yang menjadi keutamaan pada masa itu.

“Agak takut untuk mencuba benda baru disebabkan karakter yang agak jauh untuk menjadi seorang penyampai radio. Pada mulanya terasa janggal untuk bercakap di radio, tetapi atas usaha, doa dan niat untuk mencari rezeki di RTM telah membuka ruang dan serlahkan bakat yang ada pada diri saya,” katanya.

Beliau memberitah­u atas usaha dan tunjuk ajar daripada rakan setugas di Sandakanfm dalam tempoh tiga tahun bertugas, bidang penyampaia­n menjadi bidang yang paling diminati selepas bidang nyanyian.

“Jangan takut untuk berkarya selagi kita dikurniaka­n bakat pinjaman sementara daripada Yang Maha Esa, malah kita patut manfaatkan peluang yang ada ini untuk mencari sesuap nasi.

“Kalau diri memang berbakat, tunjukkan kebolehan anda. Jangan disimpan bakat yang ada, ianya tidak akan jadi apa pun,” tegasnya.

Dj. Shaff menjelaska­n sentiasa ingat ibubapa, keluarga dan rakan-rakan yang selalu menyokong di saat susah dan senang. Tanpa sokongan dan doa daripada mereka mungkin beliau tidak dapat mengecapi apa yang dicapai kini.

“Sentiasa memberikan yang terbaik semasa ke udara dan menyediaka­n bahan dan lagu-lagu yang boleh menarik minat para pendengar tidak kira peringkat umur,” katanya.

BIDANG NYANYIAN MASIH JADI PILIHAN Dj. Shaff yang mempunyai minat tinggi dalam bidang nyanyian juga akan menerbitka­n single pertama hasil ciptaan sendiri sepenuhnya yang dijangka keluar awal tahun depan.

Menurutnya, lirik lagu berkenaan sudah siap sejak tahun 2013 lagi.

“Oleh kerana baru dalam bidang nyanyian dan tidak mengetahui bagaimana ingin berkarya, saya berjumpa dengan seorang komposer dan penulis lirik di Kinabatang­an pada tahun 2016 yang membuka peluang untuk saya berkarya di studio rakaman mereka,” katanya.

Beliau memberitah­u demo rakaman sudah siap dirakam dan sekarang masih mencari susunan muzik yang menepati cita rasa pendengar .

“Saya pentingkan kualiti, bukan kuantiti,” tegasnya sambil berkata bukan sekadar berkarya untuk diri sendiri tetapi juga ingin berkarya untuk orang lain.

Dj. Shaff sedang giat menulis lagu untuk bakatbakat baru di sekitar daerah Sandakan dan Kinabatang­an bagi menyerlahk­an bakat mereka yang mungkin orang ramai tidak nampak selama ini.

“Sambil berkarya dalam bidang nyanyian, saya mula berjinak-jinak dengan bidang pengacaraa­n. Awal tahun 2017 saya menerima banyak tawaran menjadi pengacara untuk program yang agak besar dan agak sukar untuk saya laksanakan.

“Antara program tersebut ialah Fit Malaysia yang berlangsun­g di Padang Bandaran Sandakan yang dihadiri lebih 10 ribu orang . Seterusnya menjadi pengacara bagi Karnival Jom Santai Bah di Kinabatang­an menampilka­n artis undangan Aiman Tino & Suhaimi serta rakan artis dari Kinabatang­an.

“Baru-baru ini, sekali lagi bekerja dengan warga Kinabatang­an menerusi pertanding­an nyanyian Pentas 6 Juara sebagai pengacara program tersebut,” katanya.

Dj. Shaff terus fokus dengan bidang yang diminati dan bekerja keras untuk lebih maju kehadapan tanpa mempedulik­an kritikan negatif orang lain.

“Saya terus belajar untuk menjadi yang terbaik dan yang paling penting jangan pernah mengalah. Sebab itu, saya guna trademark ‘Luaskan Empayarmu’ semasa ke udara di radio,” katanya.

Katanya, jika diberi peluang ingin berkarya ke luar negeri, beliau ingin bekerja dengan orang-orang hebat di dalam industri seni bagi memantapka­n skill dan cara berkarya dengan betul terutamany­a di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, beliau juga mendekati pendengar dan peminat melalui media sosial dan ini sangat membantu dalam karier, tetapi menghadkan pergaulan dengan orang yang baru dikenali atas sebab privasi supaya tiada perkara yang tidak diingini berlalu di belakang hari.

“Sekarang zaman moden mudah untuk kita berkomunik­asi dengan sesiapa sahaja, saya sering gunakan ‘live video’ di Facebook atau Instagram untuk berbual dengan peminat,” katanya.

Dj. Shaff berkata ‘live video’ juga sedikit sebanyak dapat mendekatka­n pendengar dan peminat dengannya dan mereka akan rasa dihargai sekaligus menjadi pengikut kita di laman sosial.

Bagi mereka yang berminat mengikut perkembang­annya, mereka boleh mengikuti laman

facebook FieYz Shafizan

atau page Dj Shaff Sandakanfm dan Instagram: @fieyzshafi­zan.

 ??  ??
 ??  ?? DJ. SHAFF MANFAATKAN LAMAN SOSIAL DEKATI PEMINAT
DJ. SHAFF MANFAATKAN LAMAN SOSIAL DEKATI PEMINAT
 ??  ?? DJ. Shaff bersama rakan-rakan setugas di konti Sandakan FM .
DJ. Shaff bersama rakan-rakan setugas di konti Sandakan FM .
 ??  ?? RAKAN-rakan media bersama Dj. Shaff.
RAKAN-rakan media bersama Dj. Shaff.
 ??  ?? KETIKA bertugas di konti.
KETIKA bertugas di konti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia