Utusan Borneo (Sabah)

GEMPAR LUBANG MISTERI

Polis sahkan tiada kesan letupan atau korekan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Penemuan lubang sebesar kira-kira satu kaki atau 12 inci di tengah Jalan Kampung Rampai Marabau di sini pada pagi Jumaat bukan hanya menggempar­kan penduduk kampung terbabit, tetapi turut menimbulka­n persoalan yang belum terjawab sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata pihaknya mendapat maklumat berkenaan seawal jam 8 pagi sebelum melakukan pemeriksaa­n di lokasi dengan kadar segera.

“Hasil temubual dengan seorang penduduk kampung mendapati beliau melihat cahaya terang seperti kesan letupan mercun kira-kira jam 2 pagi sebelum mendapati ada garisan putih seperti kesan asap di udara.

“Penduduk terbabit bagaimanap­un tidak pasti sama ada cahaya berkenaan keluar dari dalam tanah ataupun di udara,” katanya semasa dihubungi pada Jumaat.

Katanya, penduduk kampung mendakwa wujudnya lubang di kawasan terbabit dengan kedalaman yang belum diketahui.

“Sebaik dilihat secara teliti tiada sebarang kesan letupan atau korekan berdekatan lubang terbabit dan dinding tanah pada lubang itu adalah sangat halus seperti digerudi.

“Dasar tanah pada lubang berkenaan dipercayai berlumpur berikutan kesan basah pada hujung kayu penanda yang diletakkan di dalam lubang terbabit,” katanya.

Douglas berkata, pihaknya akan menutup sebahagian daripada kawasan jalan menggunaka­n kon berikutan lokasi terbabit adalah antara laluan utama yang digunakan oleh penduduk kampung.

Pihaknya juga sudah memaklumka­n kejadian itu kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak Geologi untuk mengenalpa­sti apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya juga menasihatk­an penduduk kampung serta orang ramai agar tidak terpedaya dengan khabar angin yang mengatakan terdapatny­a barangan berharga di dalam lubang ini.

“Perkara ini juga boleh membahayak­an orang ramai yang berkemungk­inan akan mengorek lubang terbabit secara senyap sehingga boleh mencederak­an diri sendiri termasuk tertimbus di dalam lubang berkenaan,” katanya.

Sementara itu Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul semasa dihubungi berkata lubang itu dipercayai terhasil akibat hentaman kilat.

“Keadaan lubang yang dihasilkan agak unik dan jika dilihat secara terperinci keadaan ini pernah berlaku di kawasan lain termasuk di Wichita Kansas.

“Asap yang dilihat oleh penduduk kampung itu berkemungk­inan kesan daripada hentaman kilat dengan cas elektrik tinggi dan lubanginis­eolah-olahdigeru­di oleh kilat,” katanya.

Tambahnya, kesan hentaman kilat pada permukaan bumi adalah perkara biasa tetapi apa yang menarik dalam kejadian ini adalah kesan hentaman kilat pada permukaan bumi yang unik dan ianya kejadian pertama yang dikesan setakat ini tambahan pula ada saksi yang melihat kejadian itu.

Menurutnya, lubang ini boleh dijadikan sebagai warisan alam malangnya ianya berada di tengah jalan raya.

 ??  ?? KEADAAN lubang tanpa kesan korekan atau letupan serta dinding tanah yang halus seperti digerudi.
KEADAAN lubang tanpa kesan korekan atau letupan serta dinding tanah yang halus seperti digerudi.
 ??  ?? DOUGLAS (tengah) bersama penduduk kampung ketika melakukan pemeriksaa­n di lokasi kejadian.
DOUGLAS (tengah) bersama penduduk kampung ketika melakukan pemeriksaa­n di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia