Utusan Borneo (Sabah)

Empangan Kaiduan perlu dilaksana segera: Pairin

-

KOTA KINABALU: Projek pembinaan Empangan Kaiduan atau Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3 perlu dilaksanak­an dengan segera kerana kapasiti air sedia ada dijangka hanya mencukupi menampung keperluan penduduk sehingga 2022, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, berkata pelaksanaa­n projek itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana pembinaan akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

“Bagi kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya, penduduk dianggarka­n bertambah kepada 1.2 juta menjelang 2020. Berikutan penambahan penduduk, kapasiti bekalan air sedia ada hanya mencukupi sehingga 2022.

“Oleh itu, projek pembinaan Empangan Kaiduan perlu dilaksanak­an,” katanya ketika berucap ketika lawatannya di Kampung Teri a n, Penampang dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata ketika ini kapasiti bekalan air ialah 439.5 juta dan pertambaha­n populasi menuntut tambahan bekalan kepada sekurang kurangnya 1,000 juta liter sehari untuk kegunaan penduduk sehingga 2050.

“Hanya Empangan Kai dua n yang akan dibina di Ulu Papar sahaja yang mampu mengeluark­an sumber air sebanyak itu,” katanya.

Cadangan projek pembinaan empangan bernilai RM2.8 bilion itu dikemukaka­n pada pada 2008 dan mengikut perancanga­n, empangan tersebut akan membekalka­n air ke daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar sehingga 2050. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia