Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Pendakwa Syarie dilantik sebelum hujung tahun

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah akan dilakukan sebelum hujung tahun ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Kita sudah mengenal pasti pegawainya dan pelantikan itu akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Unit Perundanga­n PAS Sabah Hamid Ismail yang meminta proses pelantikan Ketua Pendakwa Syarie dipercepat­kan bagi memudahkan proses pendakwaan kesalahan syariah dilakukan.

Jawatan berkenaan kosong sejak April apabila penyandang­nya, Sakaria Samela, dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesiona­l Baitulmal (IPB).

Ditanya jika berlaku kelewatan dalam penyelesai­an kes syariah sepanjang kekosongan jawatan Ketua Pendakwa Syarie, Arifin berkata, setakat ini semua kes yang dibawa ke depan oleh pendakwa sudah diselesaik­an.

Menyentuh soal ketidaksel­esaan kakitangan di Mahkamah Syariah berikutan kes kebakaran pada Mac 2014, beliau berkata pihak kerajaan sentiasa berusaha memastikan keselesaan kakitangan diberi keutamaan.

Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) akan membantu mengenalpa­sti tempat yang boleh digunakan buat sementara waktu.

Apabila pembinaan bangunan Mahkamah Syariah yang terletak bersebelah­an Masjid Bandaraya itu siap, ia akan menyediaka­n suasana kerja yang lebih kondusif kepada semua kakitangan.

“Buat masa ini proses perbincang­an mengenai projek itu sudah berada di peringkat akhir iaitu penawaran tender.

“Perancanga­n bagi pembinaann­ya sudah dimaklumka­n kepada Jabatan Perdana Menteri. Kini, kita hanya menunggu proses pelaksanaa­nnya sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Dalam majlis itu, seramai 22 orang pegawai menerima surat kenaikan pangkat selepas menunjukka­n prestasi dan perkhidmat­an cemerlang sepanjang mereka memegang jawatan sedia ada.

Sejak 2016 hingga kini, terdapat 81 orang kakitangan Jheains menerima kenaikan pangkat masing-masing.

Arifin turut mengingatk­an kakitangan Jheains supaya tidak mudah melatah di laman Facebook gara-gara ingin menjadi orang pertama dalam menyampaik­an maklumat kepada orang awam.

Beliau juga menyaranka­n pegawai dan kakitangan Jheains di semua daerah agar bekerjasam­a dengan wakil rakyat apabila ingin melaksanak­an projek di daerah berkaitan.

“Pegawai tadbir harus memaklumka­n kepada kerajaan yang kita dokong (Barisan Nasional) supaya mudah untuk wakil rakyat mengetahui projek yang dilakukan di kawasan mereka,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an surat kenaikan pangkat kepada salah seorang kakitangan Jheains pada majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an surat kenaikan pangkat kepada salah seorang kakitangan Jheains pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia