Utusan Borneo (Sabah)

Jamdin pemenang Anugerah Buku Umum Terbaik 2017

- - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Buku bertajuk ‘Rona-Rona Bahasa Kita’ tulisan sasterawan dan budayawan Sabah Datuk Jamdin Buyong, diumumkan sebagai pemenang Anugerah Buku Umum Terbaik Ketua Menteri Sabah 2017 pada majlis anugerah itu yang berlangsun­g di Four Points Sheraton Hotel, di sini, malam Khamis.

Majlis penyampaia­n anugerah dan hadiah kepada Jamdin disempurna­kan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris, mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Majlis itu disaksikan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah Asmiah Ajamain dan hadirin yang lain.

Jamdin menerima sumbanganR­M5,000daripad­a Kerajaan Negeri dan sijil penghargaa­n.

Beliau juga akan menerima bayaran royalti sebanyak 12 peratus berdasarka­n harga dan jumlah cetakan buku itu daripada DBP.

Buku berkenaan boleh didapati di DBP cawangan Sabah pada harga RM25 sebuah buah. Ketika ini, sebanyak 1,000 buah buku itu telah dicetak.

Ditemui selepas majlis itu, Jamdin, 71, berasal dari Putatan itu berkata penulisan buku umum itu juga merupakan minat beliau yang mendalam dalam bidang itu.

Bermula dari era Zaaba katanya, beliau mengkaji bahasa dengan lebih mendalam dan moden.

Beliau yang pernah bertarung dengan masalah sakitjantu­ngyangdihi­dapinya, juga tidak berputus asa menyiapkan buku umum itu yang sesuai dijadikan rujukan umum khasnya tentang ronarona bahasa kita.

Jamdin pada awal kerjaya beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan dan penolong editor, penolong ketua editor Melayu di Sabah Times, pernah menjadi juruhebah RTM Sabah pada tahun 1960, sebelum bertukar jawatan sebagai wartawan dan Ketua Editor Melayu di Daily Express pada 1969.

Sehingga 1970, beliau meninggalk­an jawatan itu dan menyertai perkhidmat­an awam.

 ??  ?? JAMDIN menunjukka­n buku umum tulisan beliau yang bertajuk Rona-Rona Bahasa Kita.
JAMDIN menunjukka­n buku umum tulisan beliau yang bertajuk Rona-Rona Bahasa Kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia