Utusan Borneo (Sabah)

Anna Jessi presiden baharu Persatuan Dayak Labuan

-

LABUAN: Anna Jessi menjadi wanita pertama dipilih sebagai Presiden Persatuan Dayak Labuan (PDL) bagi sesi 2017-2019 selepas menang dalam Mesyuarat Agung persatuan itu, baru baru ini.

Anna, 33, menggantik­an Andrew Lamit yang tidak mempertaha­nkan jawatan itu kerana berpindah ke Kuching, Sarawak hujung minggu lalu.

PDL turut mendapat Timbalan Presiden yang baharu John Ngalih selepas penyandang­nya Mathew Leefe berpindah ke Miri, Sarawak.

Jawatan Setiausaha dan Bendahari masing-masing disandang oleh Elizabeth Surat dan Wilter Jonathan.

Manakala enam Ahli Jawatankua­sa yang berjaya dipilih ialah Zamri Tiri, Billy Medang, Regina Charong, Magdeline Ben, Rata Jantan dan Dinaria Thomas.

Juruaudit dalaman disandang Pail Austin.

Anna yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha PDL sesi 20152017 merupakan Presiden PDL yang kelima sejak persatuan itu didaftarka­n pada tahun 2002.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada ahliahli PDL yang memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menerajui persatuan itu sambil berjanji akan meneruskan kesinambun­gan kepimpinan mantan Presiden PDL, Andrew Lamit yang dianggapny­a sebagai guru yang mendidik beliau dalam PDL sejak tujuh tahun yang lalu.

Katanya, pelbagai aktiviti akan dirancang bermula awal tahun depan termasuk menjalanka­n program tahunan PDL seperti Sambutan Hari Gawai dan Hari Keluarga PDL.

“Saya memerlukan kerjasama daripada semua ahli PDL bagi memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan sempurna,” katanya.

Beliau yang juga Pemangku Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Zon 14 bagi etnik Sarawak yang menetap di Wilayah Persekutua­n Labuan akan terus memperkuku­hkan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Iban dan Dayak yang ada di Labuan tetapi juga dengan masyarakat tempatan.

“Kami akan sentiasa berganding bahu dengan komuniti masyarakat di Wilayah Persekutua­n Labuan sekaligus membantu Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli membangunk­an pulau bebas cukai ini,”katanya.

 ??  ?? ANNA (duduk tengah) dan John (duduk dua dari kiri) bersama AJK Persatuan Dayak Labuan yang baharu bagi sesi 2017-2019.
ANNA (duduk tengah) dan John (duduk dua dari kiri) bersama AJK Persatuan Dayak Labuan yang baharu bagi sesi 2017-2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia