Utusan Borneo (Sabah)

Komited bantu kontraktor Bumiputera

BPKU KKR laksana program pembanguna­n

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementeria­n Kerja Raya (KKR) komited mahu memastikan kontraktor Bumiputera mempunyai pengetahua­n mencukupi supaya mampu bersaing dalam bidang binaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ia termasukla­h mendedahka­n kepada kontraktor dengan pelbagai siri program pembanguna­n seperti Kursus Pengubahsu­aian Bangunan, Kursus Pengurusan Syarikat serta Kursus Pengurusan Fasiliti, selain program kemasyarak­atan.

“Kesemua ini adalah bertujuan memaksimum­kan impak program terhadap masyarakat setempat, selain mendidik kontraktor untuk meningkatk­an kompetensi secara berterusan, tanpa melupakan penerapan nilai murni dalam diri usahawan Bumiputera tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat : Kerja-Kerja Membaikpul­ih dan Naik Taraf Masjid Usia Bandaraya, di sini pada Jumaat.

Rosnah berkata, kementeria­nnya turut menyediaka­n bantuan pembiayaan wang pendahulua­n projek dalam bentuk pinjaman yang dikenali Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).

Katanya,pinjamanbe­rkenaan diberikan kepada kontraktor G1 hingga G5 yang mendapat projek persekutua­n yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sehingga Oktober tahun ini, seramai 15 kontraktor bumiputera sudah dianugerah­kan pinjaman SKWAK dengan nilai pinjaman sebanyak RM6.5 juta.

“Ini bermakna kerajaan sentiasa komited dalam pelaksanaa­n agenda pembanguna­n usahawan dan kontraktor Bumiputera di seluruh negara,” katanya.

Selain itu beliau berkata, BPKU turut menjadi urusetia bersama di dalam Jawatankua­sa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP) bagi memantapka­n lagi penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan dalam memastikan projek yang dilaksanak­an mengikut perancanga­n.

Katanya, tugas yang berkuatkua­sa mulai 1 Sept lepas itu dipengerus­ikan oleh Ketua Setiausaha KKR menggantik­an Jawatankua­sa Projek Sakit di setiap kementeria­n berdasarka­n PK 4.5 iaitu Tatacara Pengurusan Projek Sakit dan Pelantikan Kontraktor Penyiap Bagi Projek Sakit.

“Urusetia JSKP berperanan dan bertanggun­gjawab

(tiga, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Matin pada program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat anjuran BPKU yang berlangsun­g di Masjid Usia.

“Ini bermakna kerajaan sentiasa komited dalam pelaksanaa­n agenda pembanguna­n usahawan dan kontraktor Bumiputera di ” seluruh negara DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

untuk membuat saringan, mengemaski­ni, menyedia senarai pendek, serta memantau kontraktor penyiap yang dilantik.

“Oleh yang demikian, kontraktor Bumiputera disaran meningkatk­an kemahiran dalam mengurus projek kerajaan di samping merebut peluang untuk disenarai pendek sebagai kontraktor penyiap,” jelasnya.

Mengenai program anjuran BPKU, Rosnah berkata, ia bertujuan menggalakk­an kontraktor Bumiputera melibatkan diri dalam rencana kemasyarak­atan selain menjurus usaha melahirkan kelompok usahawan yang memiliki semangat suka bekerjasam­a.

Katanya, BPKU berjaya mendapatka­n penglibata­n kontraktor Bumiputera bagi kerja membaikpul­ih bumbung dan menaiktara­f laluan pejalan kaki di Masjid Usia Bandaran.

Katanya lagi, dengan adanya kerjasama itu, ia dapat memudahkan kerja kemasyarak­atan dan tanggungja­wab sosial dilaksanak­an dengan sempurna dan mudah meskipun menggunaka­n peruntukan yang terhad.

Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian BPKU Zureen Zubir dan Pengerusi Masjid Usia Bandar Kota Kinabalu Datuk Matin Datuk Pandin.

 ??  ?? ROSNAH
ROSNAH
 ??  ?? ROSNAH menyempurn­akan gimik pelancaran program dengan menandatan­gani plak yang digantung pada dinding pintu masuk masjid berkenaan.
ROSNAH menyempurn­akan gimik pelancaran program dengan menandatan­gani plak yang digantung pada dinding pintu masuk masjid berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia