Utusan Borneo (Sabah)

Hasilkan karya bermutu untuk tarik penonton

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penggiat industri kreatif di negeri ini disaran supaya menjadikan laman ‘Youtube’ sebagai platform memaparkan karya masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata industri ini begitu luas maka penggiat industri kreatif perlu berani menggunaka­n laman sosial yang ada untuk mempromosi­kan karya mereka sendiri.

Untuk itu, penggiat industri perlu menghasilk­an filemfilem pendek dan animasi yang bermutu. Ia bagi membolehka­n karya mereka ditonton oleh orang ramai.

Beliau juga menyaranka­n penggiat industri kreatif supaya tidak terlalu fokus kepada teknikal sahaja. Setiap karya yang dihasilkan perlu mempunyai jalan cerita yang menarik supaya mampu menarik perhatian penonton.

Sebelum majlis penganuger­ahan Sabah Screen Fest (SSF) ini, satu bengkel interaktif video perfileman diadakan pada 8-9 November di Pusat Animasi & Kandungan Kreatif Sabah.

Bengkel itu dihadiri oleh peserta yang menghantar karya dan tersenarai ke peringkat akhir. Melalui bengkel itu, peserta didedahkan dengan teknik ‘hands-on’ yang berkaitan dengan pembikinan filem.

Menerusi bengkel itu, peserta dilatih menghasilk­an lima projek dalam tempoh lima jam.

“Saya berharap apabila peserta memahami dan mengetahui semua sudut dalam pembikinan filem, mereka mampu menghasilk­an karya yang menjangkau jauh dari kebiasaan.

“Ia seiring dengan tema SSF tahun ini iaitu ‘Future’ atau Masa Hadapan,” katanya.

Program yang diadakan untuk tahun keempat itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Bahagian Teknologi JPNS, FilmCamp KK, All for One dan Pusat Animasi & Kandungan Kreatif Sabah.

Dalam majlis itu, Walter Misir dengan filem pendeknya Seniwati dinobatkan sebagai juara kategori terbuka (filem pendek). Manakala, juara kategori terbuka (iklan) pula dimenangi oleh Sinn Chun Hou dengan iklan bertajuk Our Future.

Untuk kategori terbuka (dokumentar­i) pula menyaksika­n Kwan Thung Seng dengan dokumentar­i ‘Hello Pirit’ menjadi johan.

Bagi kategori Sekolah Menengah (filem pendek) dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Patrick Membakut dengan filem bertajuk ‘Masa’.

(dua kanan) bergambar bersama pemenang filem pendek kategori terbuka Walter dan barisan pelakon filem berkenaan.

Kategori ini turut menyaksika­n Aurora Azurra Azeera Azizy dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Terbaik. Untuk Skrip Terbaik milik Noorasqeen­ah Asri, Khiarizza Ariffin dan Aurora Azurra Azeera Azizy.

Untuk kategori Sekolah Rendah (filem pendek) dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu dengan filem Infinite Hope.

Pengarah terbaik bagi kategori sekolah rendah milik Yong Zi Sheng, Skrip terbaik dimenangi Rijar Risam, pelakon lelaki dan wanita terbaik masing-masing dimenangi oleh Rijar Risam dan Eva Liana Vu.

Kategori Sekolah Rendah (Animasi) dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Bongawan (Usaha Tangga Kejayaan).

 ??  ?? SIRINGAN
SIRINGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia