Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena penjara 12 bulan, curi kabel milik SESB

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencuri kabel bawah tanah milik Sabah Electricit­y Sdn.Bhd (SESB) menyebabka­nnya dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Crndo Jimmie, 41, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hukumanyan­gdiperutuk­kan jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan pada 4 November jam 5.30 pagi di River View di sini.

Bagaimanap­un mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 4 Disember terhadap Mohd Arman Abd Majid, 39, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mengikut fakta kes, satu laporan polis dibuat pengadu menyatakan, beliau bersama beberapa polis bantuan SESB menangkap dua lelaki ketika membuat rondaan.

Kedua-dua tertuduh dipercayai mencuri kabel bawah tanah milik SESB sepanjang lapan kaki, mereka kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 27 November untuk tarikh perbicaraa­n terhadap seorang penggangur yang didakwa mengugut adiknya.

Keputusan itu dilakukan terhadap Rozaimin Hassan, 21, selepas mengaku tidak bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, melakukan kesalahan itu pada 20 September jam 2.15 petang di sebuah rumah Kampung Numbak, Manggatal, di sini.

Mahkamah memberikan Rozaimin ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, sementara menunggu kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia