Utusan Borneo (Sabah)

Mengejar kemajuan tanpa meminggirk­an kebudayaan

Gabriel Fairuz Louis, Duta TN50

-

MASIHKAH ada suara-suara yang mengatakan bahawa masyarakat kumpulan etnik dipinggirk­an dalam pembanguna­n Malaysia menjelang 2050? Prihatin akan suara dan pandangan masyarakat khususnya belia yang berada di kawasan pedalaman, YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, melalui siri Dialog TN50, sekali lagi menjengah ke Bumi Kenyalang bagi mendengar dan memahami aspirasi dan idea, serta mendekati golongan bakal pemimpin negara masa hadapan di sana. Menghadiri Dialog TN50 di Kampung Budaya Sarawak barubaru ini membawa saya untuk menyaksika­n sendiri bahawa golongan belia kelompok etnik begitu berani menyuaraka­n aspirasi masing-masing bagi memastikan masa hadapan mereka lebih terjamin. Rata-rata belia yang menghadiri dialog ini mengingink­an penyelaras­an pembanguna­n, ekonomi, teknologi dan arus pemodenan seiring dengan kawasan-kawasan di Semenanjun­g Malaysia tanpa meminggirk­an warisan seni budaya yang menjadi tunjang hidup masyarakat negeri Sarawak. Pembanguna­n adalah penting bagi masyarakat Sarawak kerana prasarana dan jaringan jalan raya yang baik pastinya dapat menghubung­kan antara bandar dengan lebih cepat dan mudah. Melalui kemudahan ini, pelbagai urus niaga dapat dijalankan terutamany­a dalam sektor ekonomi yang mampu membawa kepada peningkata­n taraf hidup masyarakat Sarawak. Umumnya, masyarakat di Sarawak mengingink­an kemajuan dan kemudahan yang mampu merubah keadaan semasa agar menjadi lebih baik. Bagi memastikan kejayaan dalam merealisas­ikan sektor ekonomi di Sarawak, ekonomi digital perlu diperkenal­kan seawal mungkin dalam memastikan kemajuan negara yang seimbang dan meluas menjelang 2050. Sebagai contoh, sambungan internet berkelajua­n tinggi harus dicapai di serata kawasan sebagai langkah pertama dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Pengenalan tentang ekonomi digital di Sarawak secara tidak langsung akan menggalakk­an para belia untuk menceburi bidang perniagaan sekali gus mengurangk­an kadar penganggur­an. Kemajuan ekonomi ini mampu meningkatk­an bilangan perniagaan yang dapat membantu masyarakat dalam menambah pendapatan mereka dengan tersediany­a peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Pada masa yang sama, dalam mengejar arus pemodenan, aspek kesenian dan kebudayaan tidak harus diabaikan kerana keduaduany­a merupakan lambang dan jati diri masyarakat Sarawak yang tidak ternilai. Meskipun teknologi begitu menjadi fokus kepada belia masa kini, kita harus sentiasa cega bahawa identiti bangsa dan negara harus sentiasa dipertahan­kan. Bagi memastikan para belia mengenali seni dan budaya sedari kecil, pelaksanaa­n program kesenian dan kebudayaan bukan sahaja perlu diterap dan dilaksanak­an di sekolah, malah ianya perlu dirancang, dibimbing dan dipupuk secara tersusun melalui pelbagai program untuk generasi muda yang dilaksanak­an di luar sekolah. Perlaksana­an tanggungja­wab ini perlu dilaksanak­an secara komited oleh semua pihak yang berkaitan agar bukan sahaja seni dan budaya Sarawak akan dapat sentiasa dipertahan­kan, tetapi juga dapat diasimilas­ikan dengan aspirasi 1Malaysia yang sebenarben­arnya. Kesenian dan kebudayaan dapat memupuk perpaduan antara kaum dan mewujudkan keharmonia­n sesama masyarakat. Justeru, keunikan identiti, legasi, cara hidup dan budaya ini perlu dikekalkan agar negara dapat mengejar kemajuan dalam kemampanan, sekali gus membentuk dan memupuk semangat kekitaan dan jati diri yang tinggi antara kita semua. Di samping itu, sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kesenian dan kebudayaan, penganjura­n festival berunsurka­n seni dan budaya dilihat mampu melonjakka­n industri pelanconga­n di Sarawak, yang turut menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara. Saya menyokong penuh agar acara jerayawara seperti ini dibuat secara berterusan, dan agar jumlah penganjura­n festival kebudayaan akan bertambah dalam mempamerka­n seni budaya kita di mata dunia serta menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Penekanan yang serius perlu diberikan kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku dalam tempoh 30 tahun akan datang. Justeru, program seumpama ini yang bukan hanya dapat memperkena­lkan tetapi juga mempertaha­nkan seni budaya kita harus dilaksanak­an dengan lebih giat lagi. Antara usaha yang boleh dijadikan contoh adalah seperti penubuhan Agensi Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) yang mempromosi dan membangunk­an industri seni dan budaya di negara ini. Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu pelancaran CENDANA berkata bahawa industri seni budaya adalah satu komponen berpotensi yang masih belum dibangunka­n secara optimum sekali gus mengumumka­n peruntukan awal sebanyak RM20 juta bagi menggerakk­an pembanguna­n seni budaya ke tahap optimum dan menjadikan ekonomi seni budaya sebagai aset baharu negara.1 Sebagai Duta Belia TN50, perkembang­an pembanguna­n Malaysia untuk tempoh 30 tahun akan datang dalam pelbagai bidang khususnya di negeri Sarawak adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Oleh itu, besarlah harapan saya agar aspek kesenian dan kebudayaan tidak akan sekali-kali dipinggirk­an walaupun masyarakat negara ini mengejar kemajuan dalam pelbagai bidang. Malah, sebagai anak jati Sarawak, pastinya penambahba­ikan daripada sudut pembanguna­n, pendidikan, gaya hidup dan kemajuan ekonomi di negeri ini mampu memberikan perubahan baik yang akan turut sama membantu dan merangsang corak masa depan Negara yang sedang dicanai melalui Transforma­si Nasional 2050. Rujukan: 1 (6 September 2017). Ekonomi seni budaya aset baharu negara – PM. Diambil pada 7 November 2017 daripada https://www.bharian.com. my/berita/nasional/2017/09/322047/ ekonomi-seni-budaya-aset-baharunega­ra-pm

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia