Utusan Borneo (Sabah)

MASt bantu Tentera Darat

Untuk perkemas sistem pengurusan harian Tentera Darat

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Army Standard (MASt) akan membantu warga Tentera Darat memperkema­s kecekapan sistem dan prosedur sedia ada dalam pengurusan harian ketenteraa­n, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata MASt merupakan satu piawaian yang dipraktikk­an dalam Tentera Darat dengan menjadi penanda aras dalam setiap aspek pengurusan hariannya.

“MASt dijadikan sebagai panduan untuk membolehka­n keberkesan­an dan kecekapan sistem yang dapat diseragamk­an bagi manfaat warga Tentera Darat.

“Ia diperkenal­kan sejak 1 Jun 2016 dengan 18 MASt telah dibangunka­n dan kini dilaksanak­an oleh semua pasukan Tentera Darat, “katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaia­n Anugerah Inovasi dan Penulisan Esei Panglima Tentera Darat 2016 dan pelancaran logo MASt di sini, Jumaat.

Acara tahunan itu bertujuan memberi pengiktira­fan kepada warga Tentera Darat yang telah mempamerka­n kecemerlan­gan dalam penghasila­n produk inovasi selain mencambah kreativiti warga berkenaan dalam penulisan esei dan reka cipta.

“MASt dijadikan sebagai panduan untuk membolehka­n keberkesan­an dan kecekapan sistem yang dapat diseragamk­an bagi manfaat warga Tentera Darat.

Zulkiple berkata dengan adanya satu standard yang ditetapkan dalam Tentera Darat, ia boleh menjadikan pengurusan­nya lebih berkualiti, berintegri­ti, cekap dan inovatif serta mampu memberi perkhidmat­an dengan jitu.

“Saya juga percaya kalau kita tumpukan kepada MASt, kita dapat tentukan pengurusan harian Tentera Darat berjalan lancar, lebih baik dan efisien,” katanya. - Bernama

TAN SRI ZULKIPLE KASSIM Panglima Tentera Darat Jeneral

 ??  ?? ZULKIPLE Kassim (tengah, belakang) bergambar bersama penerima Anugerah pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Inovasi dan Penulisan Esei Panglima Tentera Darat tahun 2016 serta Pelancaran Logo Malaysian Army Standards (MASt) di Auditorium Kementah, Jumaat.
ZULKIPLE Kassim (tengah, belakang) bergambar bersama penerima Anugerah pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Inovasi dan Penulisan Esei Panglima Tentera Darat tahun 2016 serta Pelancaran Logo Malaysian Army Standards (MASt) di Auditorium Kementah, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia