Utusan Borneo (Sabah)

25 ditahan dalam op bersepadu di Gunung Semanggol

-

BAGAN SERAI: Lima pemandu lori dan empat kelindan antara 25 individu ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan rehat dan rawat Gunung Semangggol arah Selatan dekat sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaakob berkata mereka ditahan setelah ujian air kencing mendapati kesemuanya positif methamphet­amine.

“Kita mengadakan operasi ini untuk membantera­s pemandu dan kelindan kenderaan perdaganga­n yang mengambil dadah kerana ia boleh mengakibat­kan kemalangan di jalan raya.

“Selain itu, ia juga bagi mengesan kemasukan pendatang asing yang menggunaka­n perkhidmat­an bas dan pesalah trafik,” katanya dalam sidang media selepas operasi di sini.

Operasi yang bermula 10 malam dan berakhir 12.30 tengah malam tadi disertai anggota polis, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Suruhanyaj­aya Pengangkut­an Darat Malaysia (SPAD), Jabatan Alam Sekitar, PLUS Berhad, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Puspakom bertujuan melaksanak­an penguatkua­saan kesalahan trafik membabitka­n kenderaan perdaganga­n seperti lori dan bas.

Omar Bakhtiar berkata sembilan pendatang tanpa izin (PATI) iaitu tiga masingmasi­ng warga Indonesia dan Myanmar, Vietnam (dua) serta seorang dari Mesir ditahan kerana tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah.

Dalam operasi itu, sebanyak 286 saman trafik dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan dan 190 kenderaan perdaganga­n diperiksa.

“Kami akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa bagi mengesan pemandu kenderaan perdaganga­n yang didapati memandu dalam keadaan berbahaya dan mengambil dadah,” katanya. Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? BANTU...Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam membantu penduduk setempat membersihk­an rumah yang terjejas akibat banjir di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor, Jumaat. -
Gambar BERNAMA BANTU...Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam membantu penduduk setempat membersihk­an rumah yang terjejas akibat banjir di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor, Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia