Utusan Borneo (Sabah)

Sasar 50,000 pengguna VSP sebelum hujung tahun

-

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menyasarka­n 50,000 orang awam akan menggunaka­n aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) di negeri itu menjelang akhir bulan depan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Terengganu ACP Redzuan Abd Hamid berkata sejak diperkenal­kan pada Mac lalu, VSP sudah mempunyai 41,020 pengguna berdaftar.

“Kebanyakan mereka juga sangat aktif menghantar pelbagai maklumat dalam bentuk video, gambar dan teks mengenai kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

“Secara puratanya, kami menerima 50 maklumat setiaphari­daripadape­ngguna VSP dan ia terus disalurkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan susulan,” katanya.

Katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian hari kesedaran jenayah bersama masyarakat Tionghua di Kampung Cina yang disempurna­kan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, di sini, Jumaat.

VSP merupakan kolaborasi dan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama masyarakat dalam usaha membantera­s jenayah dan diperkenal­kanolehTim­balan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Persidanga­n Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 19 Mei tahun lalu di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

ACP Redzuan berkata seramai 835,000 pengguna telefon pintar di seluruh negara telah pun menyertai VSP untuk memudahkan penyaluran maklumat kepada polis. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia