Utusan Borneo (Sabah)

BN Selangor tubuh pasukan khas tangkis fitnah media sosial

-

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menubuhkan pasukan media sosial bagi mengekang fitnah dan berita yang tidak benar mengenai parti itu serta isu berkaitan kerajaan pusat yang disebarkan pihak tertentu menerusi media sosial.

Pengerusin­ya Tan Sri Noh Omar berkata penubuhan pasukan itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat selain tidak terpedaya dengan sebarang tohmahan terutamany­a menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita akan lancarkan pasukan media sosial ini dalam waktu terdekat…buat masa ini kita telah mempunyai 16 petugas yang akan memantau segala berita dan isu berkaitan parti dan kerajaan.

“Pasukan ini akan memberi penjelasan dan penerangan berhubung sesuatu isu, selain menangkis fitnah dan berita yang sengaja diputar belit pihak tertentu untuk menjatuhka­n imej parti dan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis bual bicara bersama pemimpin Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor di sini, malam Khamis.

Turut hadir Pengerusi LPP Tan Sri Zainal Dahlan dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turutmengi­ngatkanpem­impin masyarakat supaya meneliti sesuatu berita palsu dan fitnah yang diterima melalui laman sosial.

“Mereka yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat seharusnya memberi penerangan kepada anak buah masing-masing supaya tidak keliru dan tertipu dengan pelbagai dakyah pihak tertentu yang sering memanipula­si maklumat bertujuan mengeliruk­an rakyat.

“Ini kerana kita tidak mahu penyebaran berita palsu dan fitnah yang memburukka­n kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin berleluasa,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia