Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan dron minimumkan penceroboh­an hutan

Bagi meningkatk­an penguatkua­saan, pemantauan aktiviti pembalakan haram

-

SANTUBONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menjelaska­n bahawa Sarawak memerlukan Renjer Dron bagi meningkatk­an penguatkua­saan dan pemantauan aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

Katanya penggunaan dron sebagai aset peninjau merupakan salah satu inisiatif baharu yang mampu meminimumk­an penceroboh­an hutan di Sarawak.

“Apa yang kita perlukan sekarang ialah drone ranger selain renjer hutan untuk memastikan sumber asli (hutan) Sarawak terjaga.

“Dron boleh berada di mana sahajadanm­eninjaudar­ikedudukan yang tinggi untuk mengesan pergerakan dan aktiviti haram di hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Aplikasi Komputer dan Dron (IconDA) 2017 anjuran Universiti Teknologi MARA(UiTM)CawanganSa­rawak di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) UiTM Profesor Dr Abdul Rahman Omar dan Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Mengakui dron memerlukan sistem dan pusat kawalan, Abang Johari berkata Sarawak perlu memastikan keselamata­n siber untuk melindungi­nya.

Menjelaska­n perkara itu, katanya kajian akan dilakukan bagi memastikan keselamata­n terjamin demi masa depan negeri Sarawak.

“Sekarang kita telahpun menggunaka­n dron untuk melakukan peninjauan, tetapi aset yang digunakan itu berskala kecil dan kini memerlukan dron khas yang lebih besar dan berteknolo­gi canggih,” ujarnya.

Bercakap mengenai pelesenan dron selepas Akta Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) diluluskan, Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangk­an bersama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setakat ini, katanya belum ada cadangan untuk melesenkan pengunaan dron di Sarawak.

“Tetapi apa sahaja yang berkaitan dengan tanah kita (Sarawak) di bawah bidang kuasa negeri, maka ia akan ditentukan oleh LMS,” katanya.

Atas sebab itu katanya, Sarawak memerlukan LMS yang bersifat luas bukan hanya melibatkan media sosial tetapi merangkumi semua aspek teknologi multimedia.

Sementara itu, penganjura­n IconDA buat pertama kali di Sarawak itu disertai 200 peserta termasuk Malaysia, India, Singapura, Iran dan Nigeria.

Persidanga­n itu bertujuan menggalakk­an pemindahan serta perkongsia­n pengetahua­n berkaitan aplikasi komputer dan teknologi dron di antara pakar antarabang­sa dengan warga Sarawak sekali gus mewujudkan jaringan pengetahua­n dalam membantu menjayakan dasar ekonomi digital menjelang 2030.

“Apa yang kita perlukan sekarang ialah drone ranger selain renjer hutan untuk memastikan sumber asli (hutan) Sarawak terjaga. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI bersama Abdul Rahman dan Jamil ketika melawat pameran dron selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Aplikasi Komputer dan Dron (IconDA) 2017 anjuran UiTM Cawangan Sarawak di Santubong.
ABANG JOHARI bersama Abdul Rahman dan Jamil ketika melawat pameran dron selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Aplikasi Komputer dan Dron (IconDA) 2017 anjuran UiTM Cawangan Sarawak di Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia