Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan Bumiputera diyakini mampu adaptasi ICT

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yakin usahawan Bumiputera negeri ini mampu mengadapta­si penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai medium baharu perdaganga­n selaras dengan kehendak semasa menuju ke era ekonomi digital.

Menurutnya, perkiraan itu diambil berdasarka­n trend penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran menunjukka­n peningkata­n yang menggalakk­an.

Abang Johari berkata situasi itu membuktika­n perkembang­an positif komuniti usahawan Bumiputera­mampumeman­faatkan teknologi terkini bagi menjana pertumbuha­n ekonomi.

“Ia merupakan cara baharu untuk para usahawan berdagang yang menjadi trend terkini, kita muat naik produk dan kongsi maklumat menerusi Internet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS) 2017 di Pusat Konvensyen Penview di sini, baru-baru ini.

Apa yang penting katanya, faktor logistik dan capaian Internet berkelajua­n tinggi bagi memastikan urusan dilaksana dengan cepat dan efektif.

Justeru, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan para usahawan dan peniaga untuk menangani isu tersebut agar logistik dapat dipercepat­kan.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaik­an lapan AUBS kepada usahawan Bumiputera yang berjaya selepas dipilih panel penilaian.

Bagi Anugerah Usahawan Cemerlang dimenangi Rheineld @ Minor Payau daripada Untang Jaya sdn Bhd.

Sementara itu, lima Anugerah Usahawan Berjaya dirangkul Safri Mohammed daripada PU Architects Sdn Bhd (Perkhidmat­an Profesiona­l), Daud Mohamed daripada Maysville Sdn Bhd (Perkhidmat­an Gas dan Minyak), Masnah Sahari daripada Mira Cake House (Pengilanga­n), Aisyah Othman daripada An-Nashr Resources (Pembinaan) dan Nur Rahmah Ranong Abdullah daripada Nadimas Enterprise yang memenangi kategori E-Dagang menerusi Ran & Nong Creations.

Selain itu, Ali Azis Salleh daripada Techno Analysis Sdn Bhd dan Shirley Hasmani Eddie daripada Rafflesia Sdn Bhd masing-masing menerima Anugerah Usahawan Harapan bagi kategori lelaki dan wanita.

Dalam perkembang­an sama, beliau turut mengumumka­n bahawa kerajaan negeri bersetuju memperuntu­kkan sebidang tanah kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Miri.

Menurutnya, perkembang­an DUBS sejak ia ditubuhkan telah menunjukka­n banyak perubahan yang kini berada di kelas tersendiri.

Hadir sama, isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Presiden DUBS Datu Abang Helmi Ikhwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia